Anda di sini

Wanita lahir anak dalam bot ekspres

Advertisement
Seorang wanita membantu membawa bayi ke ambulans.
Seorang wanita membantu membawa bayi ke ambulans.

SIBU: Seorang wanita melahirkan bayi perempuan dalam sebuah bot ekspres yang menuju ke Sibu, hari ini.

Wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menaiki bot ekspres dari Daro sekitar 6 pagi.

Bayi berkenaan selamat dilahirkan dengan bantuan seorang penumpang wanita. 

Difahamkan, bot ekspres yang membawa kira-kira 30 penumpang itu tiba di Sibu kira-kira jam 8.30 pagi.

Kedua-dua ibu dan anak perempuan dilaporkan selamat dan dibawa ke Hospital Sibu dengan ambulans apabila tiba di jeti bot ekspres di sini.

  • oleh
  • Advertisement