Anda di sini

STA perhebatkan program latihan

Advertisement
 Johnson (berdiri dua dari kanan), Shamsuddin (berdiri di kiri) dan Tony (berdiri di kanan) bersama pemain yang berlatih di Kota Kinabalu iaitu Nurshaneem (berdiri dua dari kiri), (dari kiri di depan) David, Kyra dan Nurul).
LANCAR: Johnson (berdiri dua dari kanan), Shamsuddin (berdiri di kiri) dan Tony (berdiri di kanan) bersama pemain yang berlatih di Kota Kinabalu iaitu Nurshaneem (berdiri dua dari kiri), (dari kiri di depan) David, Kyra dan Nurul).

KOTA KINABALU: Pemain tenis Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah memperhebatkan program latihan selepas dibenarkan kembali berlatih di gelanggang.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh berkata, sebanyak 13 pemain telah disenaraikan yang terdiri daripada tujuh lelaki dan enam wanita.

Atlet lelaki terdiri daripada Ryan Chee Shao Yang, Darius Wong Yui Qian, Xerxes Wilson Lim Wei, Harish John Shailendra Dunil Manoharan, Gao Euno Dares, Mohd Nooh Lasalama dan Bonaventure Billy Ballay.

Atlet wanita ialah Nurshaneem Shamsuddin, Jashnavissri Uigneswaran, Kenwyn Chan Kai Wei, Kyra Vamsikrish, Nurul Afiqah Batrisyia Azisa dan Sabrena Eniola Obafemi David Onasanya.

 Johnson (kanan) bersama pemain di Sandakan iaitu Jashnavisrri Uigneswaran (dua dari kanan) dan dua adik beradiknya bersama jurulatih Persatuan Tenis Daerah Sandakan, Rohjan Daud.
SANDAKAN: Johnson (kanan) bersama pemain di Sandakan iaitu Jashnavisrri Uigneswaran (dua dari kanan) dan dua adik beradiknya bersama jurulatih Persatuan Tenis Daerah Sandakan, Rohjan Daud.

Skuad tenis Sabah ke SUKMA itu diterajui sendiri Johnson manakala jurulatih ialah Tito latoja dan Shamsuddin Mustamin.

Johnson berkata, latihan dijalankan di dua venue di sini iaitu di Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) dan Sutera Harbour Resort.

Terdapat juga beberapa pemain yang berlatih di daerah masing-masing di bawah pantauan Tito.

"Bagaimanapun, apabila ada latihan pusat, semua pemain akan dipanggil berlatih di Kota Kinabalu dan melapor diri kepada Tito," kata Johnson ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian selepas melawat pemain berlatih di KSKK di bawah bimbingan Shamsuddin iaitu jurulatih lantikan Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah.

Turut bersama ialah Bendahari Kehormat STA, Tony Wong.

Dalam lawatan itu, Shamsuddin turut menyerahkan laporan prestasi pemain.

"Saya puas hati dengan program dan perkembangan prestasi pemain," kata Johnson.

  • oleh
  • Advertisement