Anda di sini

Rogol: Remaja menangis dihantar ke Sekolah Henry Gurney 

Advertisement
Tertuduh diiringi pegawai polis di lobi Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.
Tertuduh diiringi pegawai polis di lobi Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Seorang remaja berusia 18 tahun menangis apabila Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengarahkan dia dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Puncak Borneo atas kesalahan merogol teman wanitanya sehingga melahirkan anak. 

Setelah meneliti laporan sosial tertuduh, Hakim Jason Juga memutuskan dia dihantar ke sekolah berkenaan sehingga berusia 21 tahun, selari dengan Seksyen 76 Akta Kanak-Kanak 2001. 

"Dalam pada itu, ibu tertuduh dikehendaki melawat atau menghubungi tertuduh sekali sebulan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 93 (1) (d) Akta Kanak-Kanak 2001," ujar Jason. 

Tertuduh yang beralamatkan di Kampung Astana Lot itu mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang menjalinkan hubungan dengan mangsa sejak November 2018 didakwa merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun pada Mac 2019, semasa berada di rumah kenalan mereka yang terletak di Jalan Astana. 

Berdasarkan keterangan kes, selepas kejadian itu, mangsa didapati mengandung dan seterusnya melahirkan anak.

Hasil daripada analisis asid deoksiribonukleik (DNA) mendedahkan bayi berkenaan adalah anak kandung tertuduh dan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

  • oleh
  • Advertisement