Anda di sini

Kapal tentera laut AS terbakar di pelabuhan California

Advertisement
 Gambar serahan Tentera Laut AS menunjukkan bot jabatan polis dan bomba pelabuhan cuba memadam api di atas USS Bonhomme Richard di Pangkalan Tentera Laut San Diego, kelmarin. — Gambar AFP
TERBAKAR: Gambar serahan Tentera Laut AS menunjukkan bot jabatan polis dan bomba pelabuhan cuba memadam api di atas USS Bonhomme Richard di Pangkalan Tentera Laut San Diego, kelmarin. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Satu letupan di atas kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang berlabuh di sebuah pangkalan di California kelmarin telah mencetuskan satu kebakaran besar yang mencederakan 21 orang, menurut pihak berkuasa dan media tempatan.

Kapal USS Bonhomme Richard, kapal perang amfibia, berada di pelabuhan di San Diego untuk penyelenggaraan ketika letupan meletus.

Asap tebal dapat dilihat berkepul-kepul dari beberapa bahagian besar di kapal, ketika kejadian itu disiarkan CNN menunjukkan bot-bot bomba menggunakan meriam air dalam usaha untuk cuba mengawal kebakaran.

Akaun rasmi Twitter bagi Naval Surface Forces, US Pacific Fleet, menyatakan 17 kelasi dan empat orang awam telah dibawa ke hospital akibat kecederaan ringan.

Beberapa anggota bomba turut dilaporkan melecur dan terhidu asap.

Colin Stowell, ketua jabatan bomba San Diego, memberitahu CNN bahawa kebakaran mungkin akan berterusan selama beberapa hari dan hanya terbakar hingga ke paras atas air.

Punca letupan masih dalam siasatan.

Kira-kira 160 kelasi berada di atas kapal ketika kejadian di San Diego yang merupakan pelabuhan utama kapal tersebut. — AFP

Advertisement