Anda di sini

Semakan semula had garis kemiskinan munasabah - Madeline

Advertisement
 

KUCHING: Semakan semula had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional kepada RM2,208 adalah munasabah, demikian kata felo Akademi Sains Malaysia, Dr Madeline Berma (gambar).

Menurutnya, had PGK nasional pada kadar RM980 sebelum ini tidak menggambarkan realiti kehidupan dengan kos hidup tinggi justeru, kerajaan perlu menaikkan had sebelum ini kepada kadar yang lebih munasabah. 

“Had PGK diukur menggunakan metodologi 2019 yang mengambil kepada beberapa faktor. Pertama keadaan ekonomi semasa, pengemaskinian barang makanan dengan mengutamakan pengambilan makanan sihat secara optimum dan pengemaskinian barang bukan makanan berdasarkan data Perbelanjaan Isi Rumah 2019. 

“Bagi Malaysia untuk tahun 2019, had PGK adalah RM2,208 dan PGK Sarawak adalah RM2,131 dan ia adalah satu nilai yang munasabah,” katanya kepada Utusan Borneo. 

Tambah Madeline, kadar kemiskinan di Malaysia diukur berdasarkan kepada Kemiskinan Mutlak dan Kemiskinan Relatif. 

Kemiskinan mutlak katanya adalah keadaan dimana pendapatan isi rumah tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas hidup. 

Kemiskinan relatif pula merujuk kepada isi rumah menerima 50 peratus pendapatan lebih rendah daripada pendapatan penengah. 

“Metodologi ukuran lebih mengambarkan realiti kehidupan. Dengan kadar had PGK baharu ini, kadar kemiskinan dan jumlah isi rumah yang miskin pasti bertambah. 

“Tetapi ia adalah realiti kehidupan dan kerajaan tidak perlu mengemaskini PGK baharu yang ditetapkan ini,” katanya. 

  • oleh
  • Advertisement