Anda di sini

Kuching FA giat jalani latihan, fokus kecergasan pemain

Advertisement
Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) Fazzruddin Abdul Rahman sempat memberi kata semangat kepada skuad Kuching FA semasa sesi latihan baru-baru ini.
Presiden Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching (KDFA) Fazzruddin Abdul Rahman sempat memberi kata semangat kepada skuad Kuching FA semasa sesi latihan baru-baru ini.

KUCHING: Skuad Kuching FA kini giat menjalani latihan tanpa sentuhan dalam persiapan menghadapi Liga Perdana Malaysia 2020 selepas tertangguh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini. 

Jurulatih Kuching FA Idris Untong berkata, sesi latihan di padang sudah dimulakan sejak tiga minggu lepas selepas menerima kebenaran dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL). 

"Fokus kita ketika ini adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan para pemain menerusi latihan tanpa sentuhan dengan mematuhi prosedur pengendalian standard (SOP) yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Jelasnya lagi, sesi latihan diadakan setiap Isnin hingga Sabtu dan hanya melibatkan latihan kecergasan. 

"Kita belum lagi dibenarkan untuk mengadakan permainan di padang dan sebab itu kita menumpukan kepada meningkatkan tahap kecergasan pemain," tambahnya. 

Menurut Idris, sesi latihan melibatkan perlawanan di padang hanya dibenarkan pada 15 Julai ini. 

"Jika latihan secara perlawanan sudah dibenarkan nanti kita akan memfokuskan kepada pemantapan taktikal pasukan," ujarnya. 

Dalam liga itu, Kuching FA berada di zon penyingkiran selepas mencatatkan tiga kekalahan dengan satu seri. 

Justeru, pasukan itu harus memenangi baki tujuh perlawanan untuk kekal bersaing dalam liga tersebut untuk musim seterusnya.

  • oleh
  • Advertisement