Anda di sini

Barca tangguhkan pesta kejuaraan La Liga Real Madrid

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Valladolid dan Barcelona di Stadium Jose Zorrilla. — Gambar AFP
AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan La Liga Sepanyol di antara Real Valladolid dan Barcelona di Stadium Jose Zorrilla. — Gambar AFP

MADRID: Lionel Messi menjadikannya 20 bantuan jaringan pada musim ini dalam kemenangan 1-0 yang membosankan oleh Barcelona ke atas Real Valladolid kelmarin, walaupun cabaran pasukannya dalam La Liga nampak hampir tamat.

Messi memberi bola kepada Arturo Vidal bagi gol kemenangan di stadium Jose Zorilla untuk menjadi pemain pertama memberi 20 bantuan jaringan dalam liga utama Sepanyol sejak Xavi Hernandez pada 2009.

Kemenangan bagi Barca bermakna Real Madrid tidak dapat memenangi kejuaraan pada hari ini (Isnin) walaupun menewaskan Granada tetapi hanya kegagalan yang luar bisa sahaja yang dapat menghalang mereka daripada meletakkan nama mereka pada piala pada hujung minggu ini.

Jika mereka menewaskan Granada, Madrid akan memenangi La Liga jika mereka menang di tempat sendiri dalam perlawanan menentang Villarreal pada Khamis ini, tidak kira apa pun keputusan yang diperolehi Barcelona.

Pada keseluruhannya, Madrid memerlukan hanya lima mata sahaja daripada tiga perlawanan mereka yang berbaki untuk memenangi kejuaraan La Liga ketiga mereka dalam tempoh lapan tahun.

“Kami melakukan perkara yang sewajarnya mencapai lebih daripada kedudukan kami sekarang,” kata jurulatih Barca, Quique Setien.

“Untuk memenangi La Liga, saya tidak tahu, kerana seteru kami memenangi segalanya.”

Walaupun demikian, sementara kempen domestik Barca yang bergolak semakin sampai ke penghujung, Messi terus menyinar.

Hantarannya yang cantik kepada Vidal pada minit ke-15, satu cedokan di antara dua pemain pertahanan Valladolid, mencetuskan lebih banyak pencapaian yang menakjubkan.

Selain menandingi jumlah terbanyak dalam La Liga bagi bantuan jaringan oleh seorang pemain sejak 11 tahun lalu, Messi melanjutkan jumlah bantuan jaringan yang terbaik dalam kariernya sendiri dalam satu musim liga.

Messi telah menghentikan rundingan untuk melanjutkan kontraknya sekarang, yang akan tamat pada 2021, mungkin untuk menunjukkan kekecewaan dengan cara pengurusan kelab.

Kekalahan meninggalkan Valladolid di tempat ke-14 tetapi kelangsungan hidup nampak terjamin, dengan tujuh mata yang memisahkan mereka daripada kelompok tiga pasukan tercorot.

Atletico Madrid di tempat ketiga memastikan tempat mereka dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang dengan kemenangan 1-0 ke atas Real Betis walaupun bermain lebih setengah jam bersama 10 orang pemain.

Terdahulu Celta Vigo melepaskan satu mata berharga dalam pertarungan relegasi dengan dibolosi gol pada minit ke-91 kepada Osasuna, Jose Arnaiz memastikan kemenangan 2-1.

Kekalahan bermakna Celta kekal empat mata di atas kelompok tiga pasukan tercorot tetapi sudah bermain lebih satu perlawanan berbanding mereka yang berada di bawah. — AFP

Advertisement