Anda di sini

Perkhidmatan bas percuma ulang alik Kiulu-Tamparuli

Advertisement
 Madius (dua kiri) merakamkan gambar kenangan selepas menyerahkan bantuan kepada seorang penerima.
KENANGAN: Madius (dua kiri) merakamkan gambar kenangan selepas menyerahkan bantuan kepada seorang penerima.

TUARAN: Lebih 50,000 penduduk di Kiulu bakal menikmati perkhidmatan bas percuma secara ulang alik pekan Kiulu dan Tamparuli.

Program berkenaan adalah kerjasama antara Persatuan Pengusaha Bas Kiulu dan Persatuan Belia Kiulu dengan dana adalah daripada Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Kiulu, Peris Gasingul berkata, program berkenaan pastinya memberi manfaat kepada penduduk Kiulu khususnya  yang ingin ke Tamu Kiulu pada setiap Selasa dan Tamu Tamparuli pada setiap Rabu.

"Ia juga dapat memberi manfaat dan meringankan beban petani-petani di kawasan Kiulu yang ingin menjual hasil jualan mereka pada hari tamu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, Madius berharap penduduk Kiulu akan memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan pengangkutan bas percuma itu.

"Saya juga akan berunding dengan persatuan pengusaha bas kiulu bagaimana membantu murid-murid asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens yang memerlukan pengangkutan bas ekoran penutupan asrama sekolah berkenaan yang telah diisytiharkan tidak selamat oleh kerajaan," katanya.

Terdahulu, Madius turut memberi sumbangan beras kepada pengusaha-pengusaha bas dan penduduk di Kiulu yang terjejas akibat COVID-19.

Dana itu akan disalurkan kepada Persatuan Beliau Kiulu untuk dibayar kepada pemandu bas yang mana setiap satu perjalanan dibayar sebanyak RM40.

Program berkenaan akan dilaksanakan selama setahun bermula Julai 2020 sehingga Jun 2021.



 

  • oleh
  • Advertisement