Anda di sini

Pellegrini kembali ke dunia kejurulatihan bersama Real Betis

Advertisement
PELLEGRINI
PELLEGRINI

MADRID: Bekas jurulatih Manchester City dan Real Madrid Manuel Pellegrini sudah kembali ke kancah bola sepak Sepanyol sebagai jurulatih Real Betis, kelab baharunya mengumumkan kelmarin.

Pengurus berusia 66 tahun dari Chile itu, yang juga pernah bekerja di China, telah menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab yang berpangkalan di Seville itu, sehingga Jun 2023.

Ketibaan Pellegrini di stadium Benito Villamarin sudah menjadi rahsia terbaik selama beberapa hari, tetapi Betis memutuskan untuk menunggu sehingga mereka disahkan masih bermain dalam La Liga sebelum mereka mengumumkan pelantikan itu.

Kemenangan 3-0 pada Rabu lepas di stadium sendiri ke atas Osasuna meninggalkan Betis di bahagian tengah liga dan menamatkan sebarang kebimbangan mengenai relegasi dengan tiga perlawanan lagi berbaki bagi musim ini.

Bekas pemain Alexis Trujillo telah menggalas tugas buat seketika selaku pengendali kelab sejak pengurus lama Joan Francesco Ferrer, lebih dikenali sebagai ‘Rubi’, dipecat pada 21 Jun.

Tugasan itu menandakan kepulangan Pellegrini kepada pengurusan selepas dia dipecat oleh West Ham United pada Disember lalu setelah menjalankan tugas selama 18 bulan di kelab London itu.

Dia pernah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dua Piala Liga sebagai pengendali City antara 2013 hingga 2016.

Selepas menikmati kejayaan yang cemerlang di Amerika Selatan, Pellegrini mula-mula pergi ke Sepanyol sebagai jurulatih Villarreal, di mana pembabitannya selama lima tahun memaparkan kejayaan untuk mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara pada 2006. — AFP

Advertisement