Anda di sini

Gilmour menjalani pembedahan lutut

Advertisement
 Gilmour (kiri) ketika beraksi dalam perlawanan EPL pada 7 Julai lalu. — Gambar AFP
CEDERA: Gilmour (kiri) ketika beraksi dalam perlawanan EPL pada 7 Julai lalu. — Gambar AFP

LONDON: Pemain remaja Chelsea Billy Gilmour mungkin tidak akan dapat bermain selama empat bulan selepas dia menjalani pembedahan lutut, kata pengurus Chelsea Frank Lampard kelmarin.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu telah menikmati kempen sulung yang cemerlang di Stamford Bridge tetapi tidak akan diturunkan lagi pada musim ini.

Pemain dari Scotland itu memulakan perlawanan yang menyaksikan Chelsea menang 3-2 dalam Liga Perdana Inggeris di Crystal Palace pada Selasa lepas tetapi digantikan pada hujung perlawanan oleh Jorginho.

“Billy Gilmour telah menjalani pembedahan ke atas lututnya pada pagi ini, jadi dia tidak akan dapat bermain pada anggaran kami kira-kira selama tiga hingga empat bulan malangnya,” kata Lampard.

“Saya sudah tentulah sangat kecewa sama seperti semua kami di sini dan sudah tentulah Billy sendiri.

“Saya bercakap bersamanya semalam dengan panjang lebar, dan memberikan sokongan kepadanya. Dia seorang budak yang lasak, ia amat meresahkannya terutamanya sebagai seorang pemuda yang baharu sahaja menikmati kejayaan.”

Lampard memuji Gilmour kerana memberi impak pada musim ini.

“Karektornya bagi saya adalah hebat, khususnya dengan usianya, untuk membwa diri di dalam skuad pasukan utama dan mendesak diri ke dalam pasukan,” katanya. — AFP

Advertisement