Anda di sini

Bantahan COVID-19 gegar Serbia tatkala kes melonjak

Advertisement
 Polis bertempur dengan penunjuk perasaan yang membantah pengumuman perintah berkurung hujung minggu untuk membendung COVID-19 berhampiran bangunan Dewan Negara di Belgrade kelmarin. — Gambar AFP
HURU-HARA: Polis bertempur dengan penunjuk perasaan yang membantah pengumuman perintah berkurung hujung minggu untuk membendung COVID-19 berhampiran bangunan Dewan Negara di Belgrade kelmarin. — Gambar AFP

BELGRADE: Ribuan orang melakukan bantahan untuk  hari keempat kelmarin di sekitar Serbia mengenai cara kerajaan menguruskan pandemik COVID-19 ketika pihak berkuasa mengecam tunjuk perasaan tersebut serta mengumumkan pe-ningkatan dalam kes yang mengatasi rekod.

Beberapa penunjuk pera-saan melontar mercun dan melaungkan slogan nasionalis, kata wartawan AFP.

Bantahan telah dilakukan ketika negara Balkan tersebut mengumumkan angka kematian harian akibat COVID-19 yang mengatasi rekod.

Perdana Menteri Ana Brnabic pada awal kelmarin berkata negara Balkan itu telah merekodkan 18 kematian dan 386 kes baharu sepanjang tempoh 24 jam dalam apa yang beliau nyatakan sebagai satu “penambahan dramatik”.

Pada masa yang sama, Brnabic mengecam tunjuk perasaan yang “tidak bertanggungjawab” dilakukan di Belgrade dan bandar-bandar lain pada Khamis lepas, selepas tunjuk perasaan di ibu negara pada dua hari sebelumnya bertukar menjadi ganas.

“Berkaitan dengan tunjuk perasaan, tidak ada lagi kelakuan yang tidak bertanggungjawab buat masa sekarang,” ujar Brnabic.

“Kita akan melihat keputusan dari bantahan dalam masa tiga hingga empat hari,” kata beliau dan menyeru kepada orang ramai agar mematuhi langkah bagi mencegah penyebaran virus.

Presiden Aleksandar Vucic mengecam tindakan penunjuk perasaan yang telah menghalang jalan raya utama ke bandar kedua terbesar Novi Sad sebagai “tindakan keganasan sebenarnya”, ketika bercakap kepada TV negara.

Tambah Vucic, “kita ber-ada dalam situasi ini kerana sikap tidak bertanggung-jawab segelintir pihak yang memanggil orang lain agar berkumpul di jalan raya”.

“Saya memohon kepada orang ramai agar tidak menyertai bantahan kerana mereka akan berakhir dalam keadaan mendapatkan rawatan,” tegas beliau, sambil menambah tunjuk perasaan adalah melanggar undang-undang.

Penunjuk perasaan telah menunjukkan rasa kecewa mereka dengan Vucic, yang dilihat oleh ramai pihak sebagai telah menyumbang kepada gelombang kedua virus dengan menarik balik kawalan pergerakan awal supaya pilihan raya dapat diadakan pada 21 Jun dan yang mana partinya Parti Progresif Serbia (SNS) kemungkinan akan menang.

Tunjuk perasaan pertama pada Selasa lepas meletus selepas Vucic mengumumkan pelaksanaan semula perintah berkurung hujung minggu bagi menangani gelombang kedua jangkitan COVID-19 yang telah memenuhi hospital di Belgrade.

Presiden kemudian berubah fikiran mengenai rancangannya, namun bantahan masih berterusan, bertukar menjadi teguran umum ke atas cara beliau menguruskan krisis kesihatan.

Pada Khamis lepas, kerajaan rasmi menarik balik perintah berkurung dan mengumumkan sekatan terhadap perhimpunan umum melibatkan lebih 10 orang – secara efektifnya melarang bantahan dilakukan.

Satu gelombang jangkitan baharu muncul selepas beberapa acara sukan dibenarkan untuk diteruskan dalam penjarakan sosial yang minimal.

Ini termasuk kejohanan tenis yang dianjurkan oleh juara utama Novak Djokovic, yang didapati positif COVID-19 di samping tiga peserta lain termasuk Adria Tour.

Beberapa ahli politik kanan turut diuji sebagai positif dalam kemunculan sambutan SNS bagi kejayaannya dalam pilihan raya.

Sehingga hari ini, Serbia telah menyenaraikan 370 kematian COVID-19 dan hampir 18,000 kes.

Negara jiran Croatia dan Bosnia mencatatkan rekod dalam tempoh 24 jam bagi kes virus baharu kelmarin – masing-masing 116 dan 316. — AFP

Advertisement