Anda di sini

Datuk Bandar Seoul ditemui maut

Advertisement
 Pasukan forensik polis mengangkat mayat Park (sisipan) yang ditemui maut beberapa jam selepas dilaporkan hilang di sebuah taman di Seoul semalam. — Gambar AFP
DITEMUI MAUT: Pasukan forensik polis mengangkat mayat Park (sisipan) yang ditemui maut beberapa jam selepas dilaporkan hilang di sebuah taman di Seoul semalam. — Gambar AFP
__alt__

SEOUL: Datuk Bandar Seoul Park Won Soon ditemui maut semalam, beberapa jam selepas dilaporkan hilang, kata polis.

Pasukan mencari mene-mui mayatnya di Gunung Bukak berhampiran kediaman rasminya, pada tengah malam. Beliau dipercayai membunuh diri, lapor agensi berita Yonhap.

Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Park, 64, dilaporkan sedang disiasat atas tuduhan gangguan seksual terhadap seorang bekas setiausaha wanitanya.

“Satu aduan telah diterima Agensi Polis Metropolitan Seoul,” kata seorang pegawai polis yang enggan namanya disiarkan, tanpa mengulas lanjut.

“(Mayatnya) tidak me-nunjukkan tanda-tanda dibunuh,” kata pegawai itu sambil menambah sia-satan akan dijalankan di bawah prosedur bunuh diri.

Laporan mengenai kehilangannya dibuat oleh anak perempuan Park pada kelmarin petang.

Park meninggalkan kediamannya di Jongno di Seoul kira-kira jam 10.44 pagi, rakaman CCTV me-nunjukkan beliau tiba di Taman Waryong, di Jongno pada jam 10.53 pagi dengan menaiki teksi.

Park, anggota Parti Demokrat, menjadi Datuk Bandar Seoul sejak 2011 dan dikatakan calon sesuai bertanding pada pilihan raya presiden 2022.

Beliau juga pernah menjadi peguam hak asasi manusia dan aktivis sosial.

Tugasnya akan dipangku Seo Jeong Hyup, naib Datuk Bandar, sehingga pilihan raya kecil diadakan yang dijadual pada 7 April 2021. — Bernama

Advertisement