Anda di sini

Texas laksanakan hukuman mati selepas penangguhan lima bulan akibat COVID-19

Advertisement
BILLY JOE WARDLOW
BILLY JOE WARDLOW

HOUSTON: Negeri Texas di Amerika Syarikat (AS) kelmarin melaksanakan huku-man mati ke atas seorang banduan yang disabit kesalahan atas tuduhan membunuh seorang lelaki tua dalam satu rompakan pada 1993 – se-terusnya menamatkan penangguhan selama lima bulan kepada pelaksanaan hukuman mati disebabkan oleh krisis koronavirus (COVID-19).

Billy Joe Wardlow, 45, disahkan mati pada jam 6.52 petang waktu tempatan selepas diberi suntikan maut di penjara di Huntsville, kata pegawai penjara.

Peguamnya telah memfailkan rayuan minit akhir di Mahkamah Agung AS tetapi ia ditolak.

Dengan bantuan teman wanitanya ketika itu, Wardlow merompak seorang lelaki tua, Carl Cole, dalam usaha untuk mencuri trak mangsa.

Cole, yang berusia 82 tahun, melawan balik, dan Wardlow, ketika itu berusia 18 tahun, menembak kepala-nya.

Pasangan pelarian terbabit cuba lari dari Texas dan pergi ke Montana, tetapi ditangkap di Dakota Selatan selepas memandu selama 15 jam dari bandar kecil di Texas di mana jenayah itu berlaku.

Di negeri Lone Star itu, ahli juri dalam kes hukuman mati perlu memastikan sama ada tertuduh akan menimbulkan bahaya pada masa depan sebelum hukuman mati dijatuhkan.

Peguam Wardlow, Richard Burr, berkata anak guamnya terlalu mudah untuk membuat ketentuan itu dengan sebarang “kepastian saintifik”, dan memfailkan penangguhan hukuman.

Burr berkata penyelidikan menunjukkan “disebabkan oleh perkembangan otak yang berterusan sehingga pada awal usia 20-an, asas neurologi bagi karektor sese-orang, maka itu karektornya tidak terbentuk sepenuhnya sebelum usia 21 tahun”.

Satu keputusan pada 2005 oleh mahkamah tinggi AS memansuhkan hukuman mati bagi mereka yang melakukan pembunuhan pada usia 17 tahun atau lebih muda.

Peguam Wardlow berkata tidak ada perbezaan neuro-logi yang boleh dilihat antara seseorang yang berusia 17 tahun dengan seseorang yang berusia 18 tahun, tetapi sia-sia sahaja.

Dalam pengakuan bertulis pada Februari 1994, Wardlow berkata: “Kerana saya lebih muda dan lebih kuat, saya menolaknya dan menembaknya tepat di dahi. Hanya kerana dia menyebabkan saya marah.”

Dalam perbicaraan, dia menarik balik pengakuan itu dan berkata dia mahu menggunakan pistol yang dicuri daripada ibunya sendiri untuk menakut-nakutkan Cole, bukannya membunuhnya.

Hukuman Wardlow pada mulanya ditetapkan pada 29 April tetapi ditangguh-kan sehingga kelmarin disebabkan oleh pandemik COVID-19. — AFP

Advertisement