Anda di sini

Sumbang Mahram: Duda hamilkan anak sendiri, diberkas

Advertisement
 

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki diberkas kerana disyaki menyebabkan anak perempuannya mengandung selepas dikatakan menjadi hamba seksnya sejak 2016 lagi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram (gambar) berkata suspek,52, diberkas di rumah keluarganya di Sadong Jaya selepas laporan dibuat terhadapnya pada Rabu.

Menurutnya, kejadian tersebut terbongkar selepas mangsa,23, mengadu kepada keluarganya kerana mendapati dirinya telah mengandung sejak Mac.

"Siasatan mendapati suspek mula melakukan hubungan seks dengan mangsa sejak Januari 2016 iaitu di rumah pekerja sebuah kilang di Kuching dan perkara tersebut terus berlarutan.

"Sejak Februari tahun ini, suspek telah berhenti kerja dan bersama mangsa pulang ke kampung serta tinggal di rumah nenek mangsa.

"Dalam tempoh tersebut, suspek dan mangsa ada melakukan hubungan seks sebanyak dua kali sebelum dia menyedari dirinya mengandung apabila tidak datang haid sejak Mac," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memberitahu, suspek yang duda selepas kematian isterinya juga mengaku kepada ahli keluarga lain bahawa dia yang menyebabkan mangsa mengandung.

"Rentetan itu, ahli keluarga mangsa terus melaporkannya di Balai Polis Asajaya kerana risau akan keselamatan mangsa," katanya.

Difahamkan mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

"Manakala suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

"Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan," tegasnya.
 

  • oleh
  • Advertisement