Anda di sini

Samling sumbang dua mesin untuk KK Tudan dan KK Miri

Advertisement
 Lee (kiri) dan Choo Siong Liew (kanan) menunjukkan mesin BCS Kelas 2 yang telah dipasang di makmal KK Tudan untuk mempercepatkan keputusan ujian COVID-19 semalam.
TERKINI: Lee (kiri) dan Choo Siong Liew (kanan) menunjukkan mesin BCS Kelas 2 yang telah dipasang di makmal KK Tudan untuk mempercepatkan keputusan ujian COVID-19 semalam.

MIRI: Samling Resources Sdn Bhd (Smling) menyumbang dua mesin Biological Safety Cabinet (BSC) bernilai RM35,000 setiap satu masing-masing untuk Klinik Kesihatan (KK) Tudan dan KK Miri.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berterima kasih kepada badan korporat itu dalam membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memudahkan ujian teknik rapid test kit (RTK).

“BSC Kelas 2 ini memainkan peranan penting dalam mempercepatkan lagi keputusan  terhadap kit pengesanan antigen dari Korea Selatan,” katanya selepas menyaksikan penyerahan BCS Kelas 2 di Klinik Kesihatan Tudan semalam.

ADUN Senadin itu memberitahu, Hospital Miri mempunyai makmal yang dilengkapi BCS Kelas 2 namun kemudahan itu tidak terdapat di KK Tudan dan KK Miri.

“KK Tudan dan KK Miri hanya mempunyai BSC Kelas 1 yang tidak berupaya untuk menjalankan ujian terhadap kit pengesanan antigen.

“Sehubungan itu, dengan adanya BSC Kelas 2 ini di kedua-dua klinik ini maka ia akan memudahkan saringan kesihatan lebih cepat untuk COVID-19,” jelasnya.

Lee merupakan menteri bertanggungjawab dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bahagian Miri menghargai keprihatinan syarikat itu dalam menyumbang BCS Kelas 2.

“Samling sebelum ini telah banyak menyumbang peralatan seperti pelitup muka, set peralatan pelindung diri (PPE), pengimbas suhu dan makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Samling Resources Sdn Bhd Choo Siong Liew dan Pakar Perubatan Keluarga dan Ketua Klinik Kesihatan Tudan Dr Maurice Steve Utap.

Advertisement