Anda di sini

Pas Internet prabayar Tanpa Had Celcom Xpax tawar Internet, panggilan tanpa had serendah RM12

Advertisement

KUALA LUMPUR : Dalam dunia arus digital yang semakin berkembang, penggunaan internet tanpa had dan perluasan rangkaian telekomunikasi merupakan dua perkara utama yang selalu dititik beratkan oleh pengguna.

Peka terhadap pengguna terutama golongan muda yang kini lebih banyak melibatkan diri secara digital sama ada untuk bekerja, belajar, membeli-belah atas talian, menstrim video dan muzik  dan banyak lagi, Celcom Xpax telah memperkenalkan pas Internet prabayar Tanpa Had yang menawarkan pengguna pengalaman Internet tanpa had yang sebenar dan panggilan tanpa had melalui rangkaian terluas 4G Celcom, dengan pelan mingguan serendah RM12 ataupun pelan bulanan serendah RM35 sebulan.

Bukan itu sahaja, pas Internet prabayar Tanpa Had Celcom Xpax membolehkan pelanggan mempunyai fleksibiliti dalam menggunakan internet tanpa caj yang tersembunyi dan kemudahan akses Internet berkelajuan tinggi di mana dan bila-bila sahaja melalui aplikasi Celcom Life walaupun  anda berada di atas Gunung Kinabalu.

Pas Internet bulanan pada RM35 ini membolehkan pelanggan menikmati aktiviti Internet yang digemari dengan kuota tanpa had dan kelajuan 3Mbps, serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian. 

Sebagai tambahan, pelanggan prabayar Celcom Xpax juga akan menikmati data ‘Hotspot’ percuma  untuk melayari internet menggunakan computer riba atau tablet di mana sahaja. Bagi pengguna yang memerlukan Hotspot tambahan, ianya boleh dibeli dengan harga bermula dari RM1 dengan 1GB untuk kegunaan sehari dan RM3 dengan 5GB untuk kegunaan 3 hari.

Peluang untuk memenangi barangan keperluan selama setahun

Pada masa sama, Celcom turut  menawarkan peluang untuk memenangi barangan keperluan harian percuma selama setahun menerusi Pemberian Percuma Barangan Runcit bernilai RM500,000 di mana promosi berkenaan bakal berakhir pada 31 Julai depan dengan syarat anda haruslah pelanggan prabayar Celcom Xpax dan pelanggan pascabayar Celcom.

Melalui peraduan tersebut, pelanggan berpeluang untuk memenangi barangan keperluan harian percuma selama setahun daripada jumlah wang tunai terkumpul bernilai RM500,000.

Untuk mengambil bahagian dan mendapatkan penyertaan, pelanggan Celcom hanya perlu melakukan transaksi seperti membeli pas internet, mendaftar pelan baharu atau membayar bil.

Apabila anda mendaftar untuk pelan telefon bimbit baharu, membuat tambah nilai internet, melanggan pas internet, Walla atau membayar bil, anda juga berpeluang memenangi barangan dapur selama 12 bulan atau memenangi RM100 setiap minggu melalui kredit Boost e-wallet.

Sepanjang tempoh peraduan, semakin banyak transaksi yang dilakukan oleh pelanggan di akaun mereka yang aktif, maka semakin tinggi peluang mereka untuk menang.

Jangan tunggu lama-lama, rebutlah peluang keemasan ini dan beralih segera kepada pas Internet prabayar Tanpa Had Celcom Xpax dengan melayari laman web https://www.celcom.com.my/personal/prepaid/plans/internet-plans sekarang.

Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Pemberian Percuma Barangan Runcit anda boleh melayari laman web  https://www.celcom.com.my/personal/promotions/free-groceries

Pelanggan Celcom berpeluang memenangi barangan runcit secara percuma selama setahun menerusi Pemberian Percuma Barangan Runcit bernilai RM500,000.
Pelanggan Celcom berpeluang memenangi barangan runcit secara percuma selama setahun menerusi Pemberian Percuma Barangan Runcit bernilai RM500,000.
Pengguna boleh menggunakan internet tanpa caj yang tersembunyi dan kemudahan akses Internet berkelajuan tinggi di mana dan bila-bila sahaja melalui aplikasi Celcom Life
Pengguna boleh menggunakan internet tanpa caj yang tersembunyi dan kemudahan akses Internet berkelajuan tinggi di mana dan bila-bila sahaja melalui aplikasi Celcom Life
 Dengan hanya membayar RM35 sebulan, Pelan prabayar Tanpa Had Celcom Xpax yang menawarkan pengguna pengalaman Internet tanpa had yang sebenar dan panggilan tanpa had melalui rangkaian terluas 4G Celcom
Berbaloi : Dengan hanya membayar RM35 sebulan, Pelan prabayar Tanpa Had Celcom Xpax yang menawarkan pengguna pengalaman Internet tanpa had yang sebenar dan panggilan tanpa had melalui rangkaian terluas 4G Celcom
Advertisement