Anda di sini

Melbourne kembali laksana sekatan pergerakan ketat

Advertisement
 Anggota Pasukan Bomba Melbourne bersedia untuk membawa bungkusan makanan kepada penduduk yang diarah duduk di rumah di estet perumahan awam ketika Melbourne semalam kembali melaksanakan sekatan pergerakan ketat untuk membendung peningkatan semula kes COVID-19. — Gambar AFP
AGIH MAKANAN: Anggota Pasukan Bomba Melbourne bersedia untuk membawa bungkusan makanan kepada penduduk yang diarah duduk di rumah di estet perumahan awam ketika Melbourne semalam kembali melaksanakan sekatan pergerakan ketat untuk membendung peningkatan semula kes COVID-19. — Gambar AFP

MELBOURNE: Lima juta manusia di bandar raya kedua terbesar di Australia memulakan sekatan per-gerakan baharu semalam, dan kembali kepada sekatan ketat hanya beberapa minggu selepas ia ditamatkan setelah Melbourne terpaksa menangani peningkatan semula kes koronavirus (COVID-19).

Penduduk telah diarah duduk di rumah selama enam minggu selepas langkah lain untuk membendung peningkatan kes COVID-19 gagal untuk mencegah virus itu daripada menular.

Negeri Victoria telah ditutup dalam usaha untuk memelihara kejayaan membendung virus itu di negeri lain di Australia.

Bagaimanapun, orang ramai yang bergegas untuk merentasi sempadan dan pergi ke negeri jiran New South Wales kelmarin telah menimbulkan kebimbangan bahawa usaha itu mungkin akan gagal.

“Beberapa kes yang datang menerusi sempadan dari Victoria dapat mengubah jumlah ajaib itu menjadi wabak yang akan sukar sekali dikawal,” kata pakar epidemiologi Mary-Louise McLaws kepada badan penyiaran awam ABC.

Ketua Menteri New South Wales Gladys Berejiklian berkata dua kes COVID-19 telah dikenal pasti di bandar sempadan Albury dan beliau memberi amaran kepada orang yang mahu melakukan perjalanan berulang-alik di antara komuniti di sempadan negeri.

“Kita mahu memastikan kita mengeluarkan sebarang pembenihan berpotensi yang berlaku sebelum peningkatan dalam kes menjadi ketara,” katanya kepada pemberita di Sydney.

Negeri Queensland semalam mengumumkan ia akan mengusir semua orang yang datang dari Victoria – buat pertama kali mengetepikan pilihan yang telah membenarkan mereka untuk dikuarantin selama 14 hari selepas mereka tiba.

Pihak berkuasa di Melbourne sedang menunggu hasil ujian selanjutnya dari estet perumahan awam pencakar langit di mana kira-kira 3,000 orang telah berkurung dalam pangsapuri mereka sejak satu kluster muncul pada Sabtu lepas, dan tidak dapat keluar bagi sebarang sebab dalam sekatan pergerakan paling ketat di Australia.

Terdapat kebimbangan bahawa virus itu sudah merebak di dalam menara berkenaan, yang telah disamakan oleh pegawai dengan “kapal peranginan tegak” dan di mana ramai penduduk kurang bernasib baik dilaporkan tidak sihat.

Pekerja kerajaan sedang melakukan lawatan dari pintu ke pintu di Melbourne untuk menggesa penduduk menjalani saringan bagi virus berkenaan, dan pegawai berkata kira-kira 10,000 orang enggan selepas dipengaruhi maklumat salah dalam talian.

Australia merekodkan tidak sampai 9,000 kes COVID-19 di kalangan populasi seramai 25 juta orang, dengan 106 kematian.

Di luar Victoria, negara itu menyaksikan sedikit jang-kitan baharu, dengan keba-nyakan kes melibatkan pelawat antarabangsa yang kembali ke negara dan dikuarantin dalam hotel. — AFP

Advertisement