Anda di sini

Lelaki dikhuatiri hilang di ladang sawit di Belaga

Advertisement
 

BELAGA: Seorang lelaki dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Marong Estate, Blok Jambatan Besi, selepas tiga hari tidak pulang dari lokasinya kerja di ladang berkenaan sejak Selasa lalu. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mengesahkan, mangsa merupakan lelaki tempatan dikenali sebagai Samat Basa, 36. 

Katanya, laporan kehilangan mangsa sudah dibuat di Balai Polis Belaga semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kehilangan mangsa. 

"Kita turut difahamkan bahawa pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu bergerak ke lokasi kejadian hari ini bagi memulakan usaha pencarian mangsa," ujarnya. 

Pada hari kejadian, pengurus ladang tersebut melaporkan bahawa Samat tidak pulang dari lokasi dia bekerja meskipun sudah jam 11 malam. 

Pasukan bomba bergerak ke lokasi kejadian pada hari ini terpaksa menggunakan jalan balak memandangkan cuaca gelap dan atas faktor keselamatan.

  • oleh
  • Advertisement