Anda di sini

KSDS santuni ahli alami penyakit kronik di Pakan

Advertisement
 Anthony (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Endhang sambil disaksikan                       Matthew (kanan) di Pakan, baru-baru ini.
PRIHATIN: Anthony (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Endhang sambil disaksikan Matthew (kanan) di Pakan, baru-baru ini.

SIBU: Dalam menjaga kebajikan ahlinya, Kelab Sape Dayak Sibu (KS-DS) telah menghulurkan derma kepada seorang ahlinya yang mengalami penyakit kronik, baru-baru ini.

Ahli terbabit ialah Endhang Sandom berasal dari Pakan, Sarikei.

Penyerahan sumbangan itu disampaikan Pengerusinya Anthony Abong kepada Endhang.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa KSDS Matthew Masing.

Sumbangan diserahkan Anthony ketika melawat Endhang di rumah panjangnya di Rumah Rachak Padang, Nyalak Ladong di Wak, Pakan.

Hasil sumbangan itu dikumpulkan ahli-ahli kelab ketika KSDS mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka di sini, minggu lalu.

Endhang mengalami penyakit kronik selepas menjalani pembedahan di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada penghujung Jun lalu.

Advertisement