Anda di sini

IPD Sibu lupuskan barangan kes senjata api

Advertisement
Collin (tiga dari kanan) bersama Hadian dan Muhammad Faizal (dua kanan dan kanan) menyaksikan pelupusan barang kes senjatapi di perkarangan Stor Magazine IPD Sibu pagi tadi.
Collin (tiga dari kanan) bersama Hadian dan Muhammad Faizal (dua kanan dan kanan) menyaksikan pelupusan barang kes senjata api di pekarangan Stor Magazine IPD Sibu pagi tadi.

SIBU: Dua belas senapang dan sepucuk pistol dilupuskan di pekarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sibu, pagi tadi.

Turut dimusnahkan termasuk senapang angin (tiga), amunisi iaitu peluru (34) dan kelongsong peluru (lapan).

Pelupusan barang kes senjata api Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu itu disaksikan oleh Majistret Muhammad Faizal Che Saad, Sibu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan, Collin Babat dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Sibu DSP Hadian Keria.

Collin berkata, barang kes yang dilupus tersebut merupakan senjata api yang dirampas daripada beberapa kes jenayah sejak tahun 2005 hingga 2020.

Katanya lagi, kes-kes yang melibatkan senjata api ini telah selesai (jatuh hukuman) dan mendapat arahan pelupusan daripada mahkamah.

"Kesemua barang kes telah dilupus dengan kaedah potong, bakar dan tanam dalam tanah di sebelah Stor Mazagine IPD Sibu," tambah beliau.

  • oleh
  • Advertisement