Anda di sini

Culik Datuk Seri, enam lelaki termasuk seorang ahli politik didakwa

Advertisement
 Enam lelaki termasuk seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya semalam, atas pertuduhan menculik ahli perniagaan Datuk Seri R. Arumugam, yang mayatnya ditemui di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu. — Gambar Bernama
DIDAKWA: Enam lelaki termasuk seorang ahli politik didakwa di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya semalam, atas pertuduhan menculik ahli perniagaan Datuk Seri R. Arumugam, yang mayatnya ditemui di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menculik seorang ahli perniagaan Datuk Seri R.Arumugam, yang mayatnya ditemui di kawasan belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya pada 27 Jun lalu.

Azhari Shahrom Shaihmi, 56; Mohd Durai Abdullah, 52; Sheikh Ismail Sheikh Hassan, 26; N. Vickneswarar, 28, dan seorang warga Bangladesh, Kasi Nasrul, 42, didakwa menculik Arumugam, 55, yang juga pemaju hartanah, dengan niat untuk menahan mangsa bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah SGD50 juta (RM153 juta).

Seorang lagi tertuduh, yang juga bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) lalu, Datuk K. Ramachandran, turut dituduh atas kesalahan bersu-bahat menculik mangsa sama, dengan tujuan mendapatkan wang serupa.

Kes disebut di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abd Hamid. — Bernama

Advertisement