Anda di sini

52 keluarga terima sumbangan makanan daripada SOP

Advertisement
 Kanyan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Joseph.
TERIMA KASIH: Kanyan (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Joseph.

MIRI: Seramai 52 keluarga dari Long Luar, Murum yang terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerima sumbangan makanan daripada Sarawak Oil Palms Berhad (SOP).

SOP dalam kenyataan medianya berkata, 52 keluarga itu menerima barang makanan penting seperti beras, minyak masak, garam, gula dan kopi semasa sesi penyerahan di rumah panjang tersebut baru-baru ini.

“Barang makanan penting itu dibawa menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan dari ladang SOP Metanik.

“Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga tersebut disebabkan PKP mereka tidak dapat menjual hasil hutan sebagai ganti keperluan harian.

“Penduduk rumah panjang yang menerima bantuan ini mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas kemurahan hati SOP,” kata kenyataan media tersebut.

SOP diwakili Pengurus Estet Kanyan Jacob yang mengunjungi rumah panjang dan menyerahkan bantuan makanan itu kepada Ketua Rumah Panjang Long Luar Joseph Madai Salo.

Program bantuan khas itu dimulakan SOP sebagai sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat yang berterusan dalam membantu masyarakat.

Ini merupakan program khas yang dirancang bagi mendekati masyarakat di sekitar kawasan operasi SOP yang terkena kesan pandemik COVID-19.

Sebelumnya, di bawah program sama, SOP telah menyumbang bantuan makanan kepada keluarga Penan dari Long Peran, Uma Baya Sipat dan Uma Mato Tugang melibatkan keseluruhannya 152 keluarga.

Advertisement