Anda di sini

Presiden Brazil dijangkiti COVID-19

Advertisement
 Gambar fail diambil pada 19 April lepas menunjukkan Bolsonaro batuk ketika berucap selepas menyertai penyokongnya yang membantah langkah kuarantin dan penjarakan sosial untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di Brasilia. — Gambar AFP
DIUJI POSITIF: Gambar fail diambil pada 19 April lepas menunjukkan Bolsonaro batuk ketika berucap selepas menyertai penyokongnya yang membantah langkah kuarantin dan penjarakan sosial untuk membendung penularan pandemik COVID-19 di Brasilia. — Gambar AFP

RIO DE JANEIRO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro, yang sentiasa memperlekehkan risiko koronavirus (COVID-19), kelmarin mengumumkan beliau telah didapati positif, manakala Amerika Syarikat (AS) – negara paling teruk terjejas disebabkan oleh pandemik itu – secara rasmi melancarkan pengundurannya dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).  

Sementara itu agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengakui terdapat “bukti baharu” bagi transmisi CO-VID-19 menerusi udara.

COVID-19 sudah menjangkiti hampir 11.7 juta orang di seluruh dunia dan menyebabkan lebih 539,000 kematian.

Bolsonaro, yang memberitahu beliau mengalami gejala yang ringan sahaja, sebelum ini tidak mempedulikan langkah kawalan seperti penja-rakan sosial, walaupun Brazil merupakan negara kedua paling teruk terjejas, dengan lebih 66,000 kematian.

Pemimpin haluan kanan itu, yang berusia 65 tahun, berada dalam kategori usia berisiko tinggi, menegaskan beliau rasa “amat sihat sekali” dan membuka pelitup muka-nya sewaktu wawancara TV untuk mengumumkan ke-putusan saringannya.

Beliau mengulangi mantra bahawa “kesan sampingan” dari virus itu tidak seharusnya lebih buruk daripada penyakit itu sendiri.

Sejak wabak virus itu bermula, Bolsonaro telah memperkecilkan risiko bagi apa yang beliau pada awalnya sebut sebagai “selesema kecil” dan pada waktu yang sama enggan memakai pelitup muka di khalayak ramai.

Brazil merupakan sebab utama Amerika Latin dan rantau Caribbean kini sudah mencecah tiga juta kes, menurut kiraan AFP.

Rantau tersebut kini sudah menyaksikan hampir 140,000 kematian, hampir separuh daripadanya di Brazil.

Di Washington, seorang pegawai kanan AS berkata AS sudah memaklumkan kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres tentang hasratnya untuk meninggalkan WHO, berkuat kuasa 6 Julai 2021.

Presiden Donald Trump telah mengkritik respons WHO kepada pandemik, dan menuduhnya berat sebelah kepada China dan tidak mempedulikan tanda awal bagi transmisi virus berbahaya itu dari manusia kepada manusia.  

AS merupakan penyumbang kewangan terbesar kepada WHO – yang mengetuai usaha untuk memerangi penyakit global daripada polis hingga kepada campak dan kesihatan mental – dengan memperuntukkan AS$400 juta (RM1.8 bilion) setiap tahun.

Joe Biden, calon presiden Demokrat, kelmarin berkata beliau akan serta-merta menarik balik keputusan itu dan mengekalkan AS dalam WHO jika beliau menewaskan Trump pada November.

Senator Robert Menendez, ahli Demokrat terkemuka dalam Jawatankuasa Hubu-ngan Luar, mengkritik tindakan pentadbiran Trump.

“Untuk menggambarkan respons Trump kepada CO-VID-19 sebagai huru-hara dan tidak keruan adalah tidak memadai,” kata Menendez.

“Ini tidak akan melindungi kepentingan atau nyawa warga Amerika – ia menyebabkan warga Amerika sakit dan Amerika bersendirian.”

Pengkritik berkata Trump mahu mengalih kritikan daripada cara beliau sendiri menangani pandemik, yang sudah mengorbankan hampir 131,000 orang di AS, setakat ini jumlah kematian tertinggi bagi mana-mana negara.

Pegawai berkata hospital di beberapa bahagian di negara itu berdepan dengan risiko kesesakan, dan banyak negeri khususnya terjejas teruk selepas mereka melonggarkan sekatan virus.

Texas, salah sebuah tompok panas baharu di AS, kelmarin mencatatkan jumlah kes hari-an baharu sebanyak 10,028, menjadikannya negeri ketiga selepas New York dan Florida yang mencatatkan jumlah yang suram itu.

Pakar penyakit jangkitan terkemuka Anthony Fauci telah memberi amaran bahawa negara itu masih “separas lutut” dalam gelombang koro-navirus pertama.

Namun Trump menyangkal kenyataan itu kelmarin dan berkata AS “berada di tempat yang baik” dan menambah: “Saya tidak ber-setuju dengannya.”

Pakar masih belum memahami COVID-19 sepenuhnya, dan WHO berkata ia terbuka kepada penyelidikan baharu selepas saintis melobi untuknya bagi menekankan bahawa virus itu dapat me-rebak menerusi udara dengan lebih jauh dan lebih lama daripada apa yang dipercayai pada awalnya.

Jangkitan telah meledak di seluruh dunia, termasuk Iran, yang mengumumkan 200 kematian baharu kelmarin.

Australia kelmarin meng-arahkan lima juta orang disekat pergerakan di Melbourne, bandar raya kedua terbesar di sana, untuk me-merangi lonjakan kes.

“Kita tidak boleh berpura-pura” bahawa krisis itu sudah berakhir, kata ketua menteri negeri Victoria, Daniel Andrews.

Sekatan dalam kawasan Melbourne akan dilaksanakan sekurang-kurangnya selama enam minggu, manakala negeri Victoria akan ditutup daripada negeri lain di negara itu.

Kes juga melonjak di India dan empat hospital lapangan koronavirus baharu dibuka kelmarin di ibu kota kewa-ngan Mumbai ketika jumlah kematian di seluruh negara melepasi 20,000.

Menteri kesihatan Itali mengarahkan penggantu-ngan penerbangan selama seminggu ke Rom dari Bangladesh kelmarin, selepas 21 penumpang yang tiba dari Dhaka didapati positif, se-terusnya menambah kepada jumlah kes dalam komuniti Bangladesh di kawasan Lazio sekitar Rom.

Pegawai kesihatan tertinggi di Lazio, Alessio D’Amato, menyifatkannya sebagai “‘bom’ yang benar-benar berjangkit dan sudah kita matikan”.

Sementara itu, ketua jurnal sains berprestij Royal Society kelmarin berkata orang yang enggan memakai pelitup muka sewaktu pandemik sekarang harus dicap de-ngan cara yang sama seperti pemandu mabuk.

“Jika semua kita memakai pelitup muka, kita melindu-ngi satu sama lain dan dengan demikian diri kita sendiri, seterusnya mengurangkan transmisi,” tulis Venki Rama-krishnan. — AFP

Advertisement