Anda di sini

F1: Alonso dijangka akan kembali

Advertisement
ALONSO
ALONSO

PARIS, Perancis: Juara dunia dua kali, Fernando Alonso, dijangka akan kembali ke perlumbaan Formula Satu (F1) bersama pasukan Renault pada tahun hadapan, menurut laporan penyiaran BBC pada Selasa.

Pemandu berusia 38 tahun dari Sepanyol itu sudah menandatangani kontrak bersama Renault dan satu pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat, menurut sumber ketika memberitahu BBC Sport.

Renault bagaimanapun menolak untuk mengulas lanjut ketika dihubungi agensi berita AFP.

Alonso meninggalkan F1 pad 2018 selepas empat tahun mengecewakan di pasukan McLaren dan dijangka akan membuat cubaan ketiga untuk memenangi perlumbaan Indianapolis 500 bersama pasukan McLaren pada bulan Ogos depan.

Kepulangan ke Renault bermakna Alonso akan disatukan semula dengan pasukan yang memberikannya kejuaraan dunia kategori pemandu pada 2005 dan 2006.

Renault memerlukan pengganti untuk pemandu semasanya, Daniel Ricciardo, yang akan menyertai McLaren pada akhir musim ini. — AFP

Advertisement