Anda di sini

Celta Vigo ganggu pesta kegembiraan Atletico Madrid

Advertisement
 Aksi perlawanan La Liga di antara Celta Vigo dan Atletico Madrid di Stadium Balaidos di Vigo. — Gambar AFP
SENGIT: Aksi perlawanan La Liga di antara Celta Vigo dan Atletico Madrid di Stadium Balaidos di Vigo. — Gambar AFP

MADRID, Sepanyol: Atletico Madrid harus menunggu lagi untuk mengesahkan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas diikat 1-1 di Celta Vigo dalam aksi La Liga Sepanyol pada Selasa.

Alvaro Morata menjaringkan gol pembukaan Atletico pada minit pertama sebelum Francisco Beltran mengikat kedudukan selepas rehat.

Satu mata itu meletakkan Atletico kurang empat mata dari layak ke Liga Juara-Juara dengan baki tiga perlawanan musim ini dan satu mata membolehkan Celta mengelak zon penyingkiran.

“Ia tempat yang sukar untuk dikunjungi, Celta bermain dengan baik dan tidak selayaknya dengan kedudukan liga mereka ketika ini,” kata Morata.

“Kami sekarang sudah bersedia untuk menamatkan sasaran memburu tempat ketiga liga.”

Kemenangan boleh menyaksikan Atletico mengesahkan empat tangga teratas minggu ini jika keputusan lain memihak kepada mereka.

Pada perlawanan awal, pemain remaja dari Korea Selatan, Lee Kang-in, menjaringkan gol ketika berbaki dua minit permainan untuk membantu Valencia menang 2-1 ke atas Real Valladolid, sekali gus meletakkan kelab kurang satu mata untuk kelayakan ke Liga Europa musim hadapan. — AFP

Advertisement