Anda di sini

Olimpik Tokyo, Jepun pertimbang longgar sekatan perjalanan atlet luar negara 

Advertisement
 
Gambar AFP

Olimpik Tokyo sepatutnya berlangsung pada Mac tetapi terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19. - Gambar AFP

TOKYO: Jepun akan mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan perjalanan atlet luar negara yang menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo, lapor agensi berita Kyodo.

Kerajaan berpendapat satu sistem perlu diwujudkan bagi membolehkan atlet dan pihak berkaitan masuk ke Jepun andai situasi COVID-19 menyebabkan larangan masuk ke negara dan wilayah tertentu tidak dapat ditarik balik, memetik beberapa sumber pada Selasa.

Olimpik Tokyo sepatutnya berlangsung pada Mac tetapi terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19. 

Olimpik kali ini dijangka disertai lebih 200 negara dan wilayah membabitkan 11,000 atlet.

Sejak Februari, Jepun telah memperketat sekatan perjalanan kepada pelawat luar sebagai sebahagian langkah kawalan sempadan untuk mencegah penularan COVID-19.

Setakat ini, rakyat daripada 129 negara dan wilayah dilarang masuk ke Jepun termasuk Algeria, Cuba dan Iraq.

Olimpik Tokyo dijadual berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos tahun depan, diikuti kejohanan Paralimpik antara 24 Ogos dan 5 September. - Bernama 

Advertisement