Anda di sini

Digi melancarkan Digi Internet Freedom serba baharu

Advertisement
 

KUCHING: Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) semalam telah melancarkan Digi Internet Freedom, sebuah rangkaian pelan baharu yang memberikan pengalaman perhubungan menyeluruh kepada pelanggan menerusi Internet fiber.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Digi Loh Keh Jiat, perkhidmatan itu membolehkan pelanggan menggunakan di mana-mana sahaja menerusi rangkaian 4G LTE Digi dengan talian pascabayar.

“Kami maklum akan situasi sekarang di mana pelanggan mencari produk yang memberi nilai tambah kepada gaya hidup mereka dan dapat memastikan mereka sentiasa terhubung.

“Selaras dengan keperluan tersebut, kami telah menyediakan tawaran perhubungan menyeluruh yang memberikan pelanggan penjimatan hebat untuk Internet fiber dan pelan pascabayar sambil menikmati perkhidmatan digital percuma demi memastikan kelangsungan gaya hidup digital mereka.

“Kami yakin Digi Internet Freedom dapat memenuhi kemampuan dan keperluan berhubung pelanggan pada masa kini, baik di rumah mahupun di mana jua,” katanya menerusi kenyataannya di sini semalam.

Pelan perhubungan menyeluruh untuk memenuhi keperluan Internet pelanggan, Terdapat tiga pelan di bawah Digi Internet Freedom serba baharu tersebut, yang memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih pelan yang bersesuaian.

Digi Internet Freedom 130: mempunyai kelajuan sehingga 100Mbps, pelan yang sesuai untuk isi rumah kecil atau penggunaan Internet yang ringan seperti bermain permainan dalam talian dengan kekerapan sederhana dan penstriman video definisi tinggi (HD). Pelan ini boleh dinikmati pada harga RM130 sebulan.

Sementara, Digi Internet Freedom 190: mempunyai kelajuan sehingga 500Mbps, sesuai untuk isi rumah sederhana dan dikongsi oleh beberapa pengguna.

Pilihan terbaik untuk bermain permainan konsol dengan beberapa pemain dan menikmati penstriman video HD atau 4K tanpa perlu risau akan penggunaan data pada harga RM190 sebulan.

Digi Internet Freedom 290 pula dengan kelajuan sehingga 1Gbps, amat sesuai untuk isi rumah sederhana dengan beberapa pengguna dan memberi kelajuan pantas yang konsisten walaupun digunakan oleh lebih 10 peranti secara serentak pada harga RM290 sebulan.

Tambahnya, pelanggan yang mendaftar dengan Digi Internet Freedom 190 atau 290 akan menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak 20 peratus untuk yuran komitmen pelan pascabayar utama mereka (butirannya terdapat dalam jadual di bawah).

Pelanggan Digi Internet Freedom dapat menikmati penjimatan pascabayar tersebut dengan serta-merta sebaik sahaja pendaftaran yang dilakukan berjaya.

Bukan itu sahaja, dengan pelan Digi Internet Freedom serba baharu ini, pelanggan juga akan menikmati langganan Amazon Prime selama enam bulan di Digi bernilai RM162, yang memberi mereka akses ke beribu filem popular, rancangan televisyen yang hit dan Amazon Originals seperti The Marvelous Mrs. Maisel, Fleabag, Homecoming serta banyak lagi.

Amazon Prime Video boleh ditonton melalui aplikasi Amazon Prime Video di televisyen pintar terpilih, peranti mudah alih, tablet atau secara dalam talian di PrimeVideo.com.

Setelah tempoh percuma selama enam bulan tamat, pelanggan boleh memperbaharui langganan Amazon Prime Video dengan harga RM27 sebulan melalui EasyAdd by Digi.

Pelanggan juga akan menerima satu bil sahaja yang merangkumi semua langganan Digi mereka untuk memudahkan pengurusan bil dengan hanya satu sentuhan butang melalui aplikasi MyDigi dan pada masa yang sama mereka turut memperoleh pelbagai ganjaran tambahan.

Kepelbagaian manfaat ini menjadikan Digi Internet Freedom sebagai salah satu pelan gabungan Internet fiber dan pascabayar dengan nilai terbaik yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Digi Internet Freedom boleh dinikmati oleh pelanggan yang menetap di kawasan terpilih di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah.

Pelan langganan 24 bulan akan mendapat pemasangan standard percuma dan penghala (router) percuma.

Pelanggan yang berminat dinasihati menyemak sama ada mereka berada di kawasan liputan melalui laman web Digi Internet Freedom.

Untuk maklumat lanjut dan mendaftar dengan Digi Internet Freedom serba baharu, layari http://digi.my/internetfreedom atau kunjungi Digi Store terpilih.

Advertisement