Anda di sini

AS terima 40,000 kes baharu COVID-19 dalam 24 jam

Advertisement
 Orang ramai membanjiri Pantai Myrtle di Carolina Selatan, kelmarin. — Gambar AFP
TETAP BERDEGIL: Orang ramai membanjiri Pantai Myrtle di Carolina Selatan, kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merekodkan 39,379 kes koronavirus baharu dalam tempoh 24 jam, menurut catatan Universiti Johns Hopkins yang ditunjukkan kelmarin, ketika jangkitan terus meningkat di sekitar negara itu.

Jumlah keseluruhan kes di negara sekarang berada pada 2,876,143.

Ekonomi terbesar di dunia itu turut merekodkan 234 kematian, menjadikan angka kematian kini mencecah 129,891, pihak pengesan di institusi yang berpusat di Baltimore itu menunjukkan setakat jam 8.30 malam waktu tempatan.

Catatan kelmarin muncul selepas rangkaian jangkitan harian yang baharu meningkat, termasuk satu peningkatan sebanyak 57,683 pada Jumaat lepas.

Jumlah yang lebih rendah mungkin berpunca daripada kurang laporan ketika cuti hujung minggu sempena kemerdekaan 4 Julai.

AS merupakan negara paling teruk terjejas dalam pandemik global, sama ada dalam bentuk jumlah kes dan kematian, serta bergelut untuk memberikan respons kepada kemusnahan dan kesan teruk virus tersebut.

Beberapa datuk bandar menyatakan bandar mereka terlalu awal dibuka semula dan bimbang sistem penjagaan kesihatan mereka akan menjadi terlalu sesak tidak lama lagi. — AFP

Advertisement