Anda di sini

Tiafoe mangsa terbaharu COVID-19 bagi atlet tenis

Advertisement
TIAFOE
TIAFOE

PARIS, Perancis: Frances Tiafoe pada Sabtu menyertai senarai pemain tenis yang dijangkiti COVID-19 dan menarik diri dari satu kejohanan pertunjukan di Atlanta yang dianjurkan oleh John Isner, yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan menyerlah pengkritik kejohanannya.

Berada pada ranking ke-81 dunia, Tiafoe berkata beliau diuji negatif di Florida minggu lepas sebelum berkunjung ke Georgia di mana sekitar 450 penonton hadir menyaksikan pertandingan lapan pemain itu pada setiap hari.

“Malangnya, saya diuji positif pada lewat kelmarin (Jumaat) untuk COVID-19 dan telah menarik diri kejohanan Piala Pasukan Amerika hujung minggu ini,” kata pemain berusia 22 tahun itu menerusi ciapan di laman sosial Twitter.

“Sepanjang dua bulan terakhir, saya berlatih di Florida dan diuji negatif di sana seminggu yang lalu.”

Sehari sebelum kejohanan, Isner menyelar pengkritik yang mendakwa kejohanan itu tidak dapat dianjurkan dengan selamat.

“Anda (pengkritik) boleh berkampung di tingkat bawah rumah anda. Saya memilih untuk terus hidup dan bermain/promosi sukan yang saya suka dengan cara yang selamat,” kata beliau.

Rakan pemain senegara dari Amerika (AS), Sachia Vickery, membalas pada Sabtu: “Sekarang ia adalah masa yang bagus untuk memberi takziah kepada ciapan ini...”

Pengumuman Tiafoe hadir berikutan dengan beberapa pemain dijangkiti COVID-19 selepas beraksi pada kejohanan pertunjukan dianjurkan Novak Djokovic di Balkan bulan lepas.

Djokovic Grigor Dimitrov, Borna Coric da n Viktor Troicki diuji positif semasa Jelajah Adria di mana penjarakan sosial tidak begitu dipatuhi, membangkitkan persoalan tentang kepulangan sukan tenis profesional seperti dirancang pada bulan Ogos selepas tamat perintah sekatan pergerakan.

Alexander Zverev, yang diuji negatif di Balkan, ketika itu dikritik sebagai pentingkan diri sendiri kerana berpesta walaupun berjanji untuk mengasingkan diri.

Penganjur kejohanan di Florida, memberi reaksi kepada berita Tiafoe di media sosial dengan berkata bahawa beliau dan semua pemain lain diuji setiba di Atalanta dan juga suhu badan mereka diperiksa setiap hari. — AFP

Advertisement