Anda di sini

Slot terakhir ke Liga Juara-Juara jadi rebutan

Advertisement
 Perlawanan di antara Chelsea dan Watford yang berlangsung di Stamford Bridge. — Gambar AFP
SENGIT: Perlawanan di antara Chelsea dan Watford yang berlangsung di Stamford Bridge. — Gambar AFP

LONDON, England: Chelsea merampas kembali tangga keempat Liga Perdana Inggeris yang juga slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan selepas membelasah Bournemouth 5-2.

Leicester City juga bangkit dari kekalahan sebelum ini dengan mengekalkan kedudukan di tangga ketiga dengan penyerangnya, Jamie Vardy, mencapai mercu tanda menjaringkan 100 gol dalam Liga Perdana ketika pasukannya menewaskan Crystal Palace 3-0 sementara Arsenal menyukarkan lagi harapan Wolves untuk memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara apabila menang 2-0 di Molineux pada Sabtu.

Barisan penyerang United, Marcus Rashford, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan Mason Greenwood, yang menjaringkan dua gol, memastikan kemenangan United ketika anak buah Ole Gunnar Solskjaer menjaringkan lima gol pada satu perlawanan liga di tempat sendiri buat kali pertama sejak 2011.

Bournemouth semakin menghampiri penyingkiran selepas kekalahan mengekalkan mereka di tangga kedua dari bawah  liga dan masalah di benteng pertahanan mereka tidak berubah walaupun membuka jaringan seawal minit ke-16 menerusi gol Junior Stanislas.

Chelsea bangkit dari kekalahan 2-3 kepada West Ham pada pertengahan minggu dengan kemenangan bergaya di Stamford Bridge.

Olivier Giroud diturunkan semula dalam kesebelasan utama dan membalas kepercayaan pengurusnya, Frank Lampard dengan satu penyudah cantik untuk membuka jaringan sebelum Willian menambah jaringan dari satu  tendangan penalti untuk  kedudukan 2-0 pada masa rehat.

Ros Barkley melengkapkan jaringan pada minit kecederaan untuk memastikan Chelsea kembali ke tangga keempat liga, dua mata di hadapan United.

“Kami memerlukan satu keputusan selepas perlawanan sebelum ini,” kata pemain sayap Chelsea, Christian Pulisic.

“Saya fikir ada tenaga tambahan di sini kerana kekalahan itu, kami mahu membuktikan sesuatu.”

Kekalahan ketiga dari empat perlawanan sejak musim disambung semula menyebabkan Watford masih satu mata di hadapan Bournemouth dan Aston Villa dalam saingan mengelak penyingkiran.

Kemenangan membolehkan Arsenal mengembalikan harapan untuk beraksi di Eropah musim hadapan selepas menamatkan lapan perlawanan tanpa kalah Wolves dan naik ke tangga ketujuh liga.

Kekalahan menyebabkan Wolves kini ketinggalan empat mata di belakang Chelsea.

Arsenal akan menentang Leicester pada Selasa depan tetapi Leicester akan memulakan perlawanan itu dengan mengembalikan keyakinan selepas meraih kemenangan pertama dari lima perlawanan sebelum ini.

Leicester bergelut di hadapan pintu gol lawan dalam beberapa perlawanan tetapi mereka dibantu dengan kerapuhan pertahanan Palace, membolehkan Kelechi Iheanacho membuka jaringan sebelum Vardy menjaringkan gol ke-100 beliau dalam Liga Perdana.

Vardy menjaringkan gol kedua peribadi pada minit kecederaan.

Pada perlawanan lain, Norwich hampir pasti akan tersingkir dari Liga Perdana selepas tewas 0-1 kepada Brighton. — AFP

Advertisement