Anda di sini

KPLB Sabah sedia bantu pembangunan usahawan luar bandar

Advertisement
 Ewon (kiri), Madius (lima dari kiri) bergambar bersama rombongan ketika melawat kilang memproses baja organik di Kg.Marakau Ranau.
KENANGAN: Ewon (kiri), Madius (lima dari kiri) bergambar bersama rombongan ketika melawat kilang memproses baja organik di Kg.Marakau Ranau.

RANAU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah sedia membantu usahawan luar bandar yang ingin mengembangkan perusahaan mereka terutama pembangunan produk dan bengkel pemprosesan.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, KPLB Sabah menyediakan peruntukan di bawah Program Pembangunan Usahawan Desa dan Program Satu Daerah Satu Produk bagi membantu membangunkan sektor keusahawanan di luar bandar.

“Kita telah membantu membangunkan banyak usahawan luar bandar di bawah program bimbingan usahawan KPLB Sabah yang kini semakin berkembang maju, meningkatkan pendapatan keluarga mereka malah banyak yang telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

“Saya juga mengalu-alukan supaya usahawan-usahawan bimbingan KPLB Sabah dapat kerjasama dengan usahawan tempatan atau syarikat berjaya lain. 

“Kita boleh menjemput syarikat-syarikat ini untuk melaksanakan program bimbingan, kursus kemahiran atau perkongsian motivasi kepada penduduk luar bandar termasuk membantu pengembangan program lain kementerian seperti Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan Kampung Sejahtera,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan bersama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Datuk Madius Tangau ke Kilang Memproses Tuhau milik Syarikat Cahaya Kasih dan Kilang Memproses Baja Organik milik Syarikat Hasil Pertanian Organik (HPO), di Kampung Marakau Ranau, di sini.

Turut hadir dalam lawatan itu, ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir dan Ahli Dewan Negara Senator Datuk Donald Mojuntin.

Dalam lawatan itu, Ewon turut dibawa meninjau keperluan menaik taraf jalan masuk ke kilang berkenaan dan baik pulih saliran parit, seterusnya meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi mengatasi masalah itu.


 

Advertisement