Anda di sini

Talib tinjau beberapa projek rakyat di Bintulu

Advertisement
 Talib (berdiri, dua kiri), pihak JKR dan rombongan meninjau perkembangan projek bina baharu penghadang tanah runtuh dan sistem perparitan di Rumah Muhan.
PERKEMBANGAN TERKINI: Talib (berdiri, dua kiri), pihak JKR dan rombongan meninjau perkembangan projek bina baharu penghadang tanah runtuh dan sistem perparitan di Rumah Muhan.

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip meninjau beberapa projek rakyat di sini, kelmarin.

Antara yang ditinjau ialah penghadang penahan tanah runtuh bernilai RM1.6 juta di kawasan Rumah Layuh Muyang Jalan Ulu Sebuah, projek bina baharu penghadang tanah runtuh dan sistem perparitan bernilai RM96,000 di Rumah Muhan Sawang, Jalan Samarakan.

Turut ditinjau ialah masalah tanah mendap yang menjejaskan sebuah kediaman di Kampung Baru termasuk meninjau perkembangan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo

melibatkan jalan simpang Samarakan dan Sungai Mas.

Mengenai keadaan tanah runtuh dan sistem perparitan di Rumah Muhan, Talib berkata, projek itu telah diluluskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan kos RM96,000 dan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

Turut sama meninjau projek itu, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu Lau Pit Hwa, Jurutera Penyelenggaraan Jalan JKR Bintulu Siong Ming Chieng, Penolong Jurutera Ngu Tie Hua, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bintulu Suzanna Indiat, Pengawai Tadbir Pejabat Residen Bintulu Harun Hatta, ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum.

Advertisement