Anda di sini

PNK Bintulu, Shopee kerjasama bantu nelayan kuasai e-dagang

Advertisement
//shopee.com.my/pnkbintulu untuk mendapatkan hasil laut segar daripada para nelayan Bintulu.
KEMUDAHAN: Pengguna boleh melayari kedai PNK Bintulu di https://shopee.com.my/pnkbintulu untuk mendapatkan hasil laut segar daripada para nelayan Bintulu.

BINTULU: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu dan Shopee bekerja-sama untuk membuka pelbagai kemungkinan peluang perniagaan dalam talian kepada lebih 700 nelayan di Bintulu.

PNK Bintulu dalam kenya-taannya semalam berkata, di bawah penyeliaan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kedai rasmi dalam talian PNK Bintulu di Shopee dilancarkan.

“Ia menawarkan jualan produk makanan laut secara dalam talian merangkumi pelbagai jenis ikan seperti ikan merah, jenahak, tenggiri batang, ibu kerisi, demudok, tongkol, udang putih besar, udang harimau dan beberapa jenis produk makanan laut lain,” ujarnya.

Menurutnya, mata pencarian para nelayan terjejas susulan gangguan pengedaran akibat perlu kekal duduk di rumah dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.

Justeru katanya, usaha itu dibuat sebagai sebaha-gian inisiatif nasional LKIM melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk membantu 56,000 nelayan di seluruh negara dengan membolehkan penjualan hasil laut segar secara dalam talian.

“Ini penting untuk membantu mengekalkan pen- dapatan nelayan dan me-mastikan bekalan sampai kepada rakyat tanpa berlakunya pembaziran,” tambahnya.

Katanya, dengan bantuan daripada PNK Bintulu bagi menjual hasil laut segar di Shopee, maka golongan nelayan di sini tidak perlu risau lagi mengenai pen-jualan hasil laut yang di-raih dan punca pendapatan mereka.

Jelasnya, kerjasama antara PNK Bintulu dan Shopee hanya permulaan bagi usaha jangka panjang untuk sektor pertanian digital di Malaysia seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebelum ini.

Katanya, selain memasti-kan seluruh sektor itu ber-sedia untuk menghadapi lebih banyak perubahan disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka pada masa akan datang, maka para petani dan nelayan akan dapat mencapai kelestarian diri setelah mempelajari cara mewujudkan kedai dalam talian untuk menjual hasil laut terus kepada pengguna.

“Jarak penghantaran PNK Bintulu mencapai ra-dius 30 kilometer dan ini akan ditambah dari semasa ke semasa. Semua pesanan akan dihantar pada hari yang sama bagi pesanan yang dibuat sebelum jam 1 petang.

“Untuk mengekalkan tahap kesegaran, PNK Bintulu menerima bekalan hasil laut segar dan sejuk beku daripada para nelayan setiap hari dan produk sejuk beku disimpan di bilik sejuk PNK Bintulu,” jelasnya.

Menurut kenyataan itu lagi, inisiatif itu juga memperluaskan sayap e-dagang agar menjadi lebih inklusif sejajar dengan seruan kerajaan bagi memastikan tiada pihak yang tertinggal.

Manakala Shopee pula katanya, menyokong usaha kerajaan untuk memastikan setiap individu mendapat tempat dalam e-dagang dan tiada nelayan yang ketinggalan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh mengunjungi kedai rasmi PNK Bintulu di https://shopee.com.my/pnkbintulu.

  • oleh
  • Advertisement