Anda di sini

KPDNHEP galak penggunaan produk, khidmat tempatan

Advertisement
 Datuk Alexander Nanta Linggi (tiga kiri) melihat produk songket pada majlis perasmian Program Citarasa Malaysia @ Bumi Kenyalang di Vivacity Megamall, Kuching semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Mohd Naroden Majais (dua kanan) dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng (kanan).
BERKUALITI: Datuk Alexander Nanta Linggi (tiga kiri) melihat produk songket pada majlis perasmian Program Citarasa Malaysia @ Bumi Kenyalang di Vivacity Megamall, Kuching semalam. Turut kelihatan Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Mohd Naroden Majais (dua kanan) dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng (kanan).
 Datuk Alexander Nanta Linggi mengupas mengenai inisiatif dan insentif PENJANA di bawah KPDNHEP ketika ditemu bual, Jumaat lepas. — Gambar Roystein Emmor
UTAMAKAN PRODUK TEMPATAN: Datuk Alexander Nanta Linggi mengupas mengenai inisiatif dan insentif PENJANA di bawah KPDNHEP ketika ditemu bual, Jumaat lepas. — Gambar Roystein Emmor
 Datuk Alexander Nanta Linggi (dua kanan) menunjukkan tanda harga berwarna merah jambu kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Micheal Manyin Jawong (kanan) semasa mengadakan lawatan di gerai ayam sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pasar Serian pada 27 Mei lepas. — Gambar Chimon Upon
IKUT PERATURAN: Datuk Alexander Nanta Linggi (dua kanan) menunjukkan tanda harga berwarna merah jambu kepada Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Micheal Manyin Jawong (kanan) semasa mengadakan lawatan di gerai ayam sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Pasar Serian pada 27 Mei lepas. — Gambar Chimon Upon
 Datuk Alexander Nanta Linggi diiringi Pengarah KPDNHEP Sarawak Stanley Tan (dua kanan) memantau pematuhan harga barang di Kubah Ria di Satok, Kuching sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada 23 Mei lepas. — Gambar Roystein Emmor
PANTAU: Datuk Alexander Nanta Linggi diiringi Pengarah KPDNHEP Sarawak Stanley Tan (dua kanan) memantau pematuhan harga barang di Kubah Ria di Satok, Kuching sempena Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pada 23 Mei lepas. — Gambar Roystein Emmor

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Jun 2020. Di bawah PENJANA, kerajaan telah mengenal pasti tiga teras utama iaituMemperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Merangsang Ekonomi. Secara keseluruhannya, terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA dengan RM10 bilion daripadanya merupakan suntikan fiskal langsung kerajaan. Semua inisiatif yang digariskan ini akan dilaksanakan oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Bagi mengupas lebih lanjut mengenai inisiatif dan insentif di bawah PENJANA, ikuti temu bual Wartawan Utusan Borneo, Agnes Tugong bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi di Kuching, Jumaat lepas.

Soalan (S): Apakah antara inisiatif PENJANA di bawah kementerian dan berapa jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan menerusi kementerian bagi inisiatif PENJANA?

Jawapan (J): PENJANA seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pelan pemulihan ekonomi negara kesan daripada pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di bawah PENJANA terdapat banyak inisiatif dan insentif untuk dilaksanakan oleh pelbagai kementerian.

Untuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kita ada dua program utama iaitu Kempen Beli Barangan Malaysia untuk menggalakkan penggunaan produk dan perkhidmatan tempatan. Kerana semasa PKP berlakunya penurunan dalam perbelanjaan dan pembelian oleh sebab rakyat tidak dapat keluar untuk berbelanja.

Tetapi ekonomi negara perlu dirancakkan semula supaya kita dapat memulihkan ekonomi. Jadi idea untuk kempen ini adalah untuk mengembalikan keyakinan pengguna semasa pasca COVID-19. Satu lagi inisiatif di bawah PENJANA ialah ‘Shop Malaysia Online’ kerana semasa PKP, rakyat terus membeli secara dalam talian.

Jadi, kita menyedari bahawa ini adalah potensi besar untuk meneruskan perniagaan bagi pelbagai strata industri terutama peruncit dan peniaga kecil.

Disebabkan kesedaran ini, Kempen Beli Barangan Malaysia menjadi satu daripada program utama kami. Dari segi peruntukan, sejumlah RM20 juta diperuntukkan di bawah PENJANA bagi kementerian untuk menjalankan program Kempen Beli Barangan Malaysia.  

S: Bagaimana PENJANA membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?

J: Terdapat banyak pendekatan di bawah PENJANA untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana. Kami mempunyai kaedah dan strategi kami sendiri untuk membantu dan kami telah membuat inisiatif untuk penekanan kami.

Dengan memper-timbangkan bahawa 98.5 peratus penubuhan perniagaan di Malaysia adalah PKS, kerajaan adalah komited untuk meringankan cabaran yang dihadapi PKS ini menerusi inisiatif pelepasan termasuk, namun tidak terbatas kepada, Penerapan Teknikal dan Digital bagi PKS, Pembiayaan PKS PENJANA, Skim SME-Go bagi membantu aliran tunai PKS dan banyak lagi.

Untuk membantu aktiviti perniagaan di kalangan PKS, tidak kira mereka adalah kedai batu bata atau melalui e-dagang, kerajaan perlu memainkan peranan dalam mempromosikan perniagaan tempatan.

Di bawah KPDNHEP, Kempen Beli Barangan Malaysia adalah satu inisiatif yang kami percaya akan membantu PKS meningkatkan perniagaan mereka.

Program Subsidi Upah (PSU) di bawah PENJANA juga bertujuan untuk membantu perniagaan mengekalkan pekerja mereka dan mengurangkan aliran tunai mereka dapat memberikan bantuan kewangan sementara kepada majikan yang menghadapi tekanan besar terhadap pendapatan mereka dan berjuang untuk mempertahankan perniagaan mereka di tengah pandemik COVID-10 dan PKP.

S: Apa antara cabaran utama dihadapi oleh perniagaan di Sarawak dan Sabah dan bagaimana kementerian dapat membantu mereka? 

J: Walaupun terdapat banyak usaha dari kerajaan persekutuan dan negeri serta pemain industri, Sarawak dan Sabah kebanyakannya berada di luar bandar dan masih kekurangan infrastruktur yang lengkap.

Apa yang boleh saya fikirkan adalah mungkin kerana kekurangan kerangka infrastruktur dalam hal ini. Beberapa tempat jauh dan kita tidak mempunyai rangkaian jalan raya di mana kita boleh sampai ke tempat itu dengan mudah dan cepat.

Dan liputan Internet untuk menjalankan perniagaan dalam talian masih lemah di banyak kawasan malah sebahagian tempat masih belum mempunyai cawangan bank.

Ini antara cabaran di Sarawak kerana kawasan luar bandar kita luas. Tetapi satu perkara baik yang boleh saya katakan ketika PKP adalah kerajaan kini menyedari keperluan segera untuk memasang sistem komunikasi yang lebih baik terutama teknologi maklumat (IT) dan juga infrastruktur bagi perkhidmatan kewangan.

Maksudnya cawangan bagi bank tertentu sepatutnya diwujudkan di pekan kecil seperti Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dimana kerajaan menggunakan bank ini untuk menyediakan bantuan kewangan kepada kumpulan B40.

Sebagai contoh Daerah Pakan tidak ada bank dan rakyat di sana tidak dapat akses kepada e-dompet dan ini antara cabaran dan kesukaran yang dihadapi di Sarawak.

S: Bagaimana Datuk menjangkakan prestasi eksport dalam beberapa bulan mendatang apabila negara-negara kembali berniaga dan bagaimana Malaysia akan mendapat keuntungan serta sektor mana akan bangkit dengan pantas? 

J: Saya rasa dagangan eksport akan sukar untuk negara-negara di seluruh dunia kerana apabila anda bercakap mengenai dagangan eksport, kita perlu kuasa pembeli dari negara lain untuk membeli dari anda. Jadi bila berlaku perintah berkurung selama tiga bulan, semua tahu negara di seluruh dunia mengalami kemerosotan. Banyak kaedah biasa perniagaan terganggu dan di beberapa negara maju terjejas dengan teruk.

Jadi secara peribadi saya tidak rasa dagangan eksport akan pulih dengan pantas, bagaimanapun bagi beberapa industri, mungkin mereka akan bangkit lebih pantas berbanding biasa.

Sebagai contoh sarung tangan getah dari Malaysia secara tiba-tiba menjadi barangan paling laris dijual. Begitu juga dengan beberapa barangan makanan mungkin juga akan meningkat dan eksport negara kita juga akan meningkat.

S: Bagaimana trend pembelian pengguna telah berubah kerana pandemik dan dengan PENJANA bagaimana ia akan membantu meningkatkan perbelanjaan? 

J: Objektif PENJANA adalah untuk menyediakan sesuatu yang akan menjadi pemangkin bagi aktiviti dagangan dan perniagaan yang lebih besar. Ini adalah tujuan PENJANA malah dengan menyediakan bantuan kewangan kepada B40 mereka akan membelanjakannya.

Jadi meskipun PENJANA tidak memberikan wang kepada individu tetapi PENJANA menyediakan bantuan hayat untuk perniagaan supaya mereka tidak muflis dan tidak perlu memberhentikan pekerja atau beralih perniagaan ke negara lain. Semua inisiatif ini kita mahu menyelamatkan pekerjaan, kita mahu menyelamatkan perniagaan supaya mereka tidak gulung tikar.

Kita mahu melindungi paling utama pekerjaan dan perniagaan. Kita tidak mahu rakyat kehilangan pekerjaan akibat COVID-19. Jadi PENJANA fokus kepada membantu perniagaan dalam aspek ekonomi.

Mengenai perubahan, sangat jelas terdapat lebih banyak transaksi secara dalam talian. Sekarang selepas PKP pandemik COVID-19 mereka yang bukan celik teknologi maklumat (IT) juga menjalankan transaksi menerusi telefon pintar mereka.

S: E-dagang nampaknya berkembang pesat tahun ini terutama sejak PKP. Berapa nilai e-dagang di Malaysia hari ini berbanding lima tahun lepas dan berapa banyak wang yang dibelanjakan secara dalam talian oleh rakyat Malaysia hari ini? 

J: Menurut Jabatan Statistik Malaysia, pendapatan dari transaksi e-dagang antara tahun 2015 hingga 2017 meningkat 6 peratus setiap tahun dengan peningkatan hasil hampir RM50 bilion.

Pada 2018, pendapatan yang dijana menerusi e-dagang dalam sektor borong dan runcit direkodkan sebanyak RM92 bilion. Pada asasnya e-dagang di Malaysia boleh dibahagikan kepada segmen Perniagaan ke Perniagaan (B2B) dan Perniagaan ke Pengguna (B2C).

Sebab itu kementerian akan terus memantau corak e-dagang menerusi kolaborasi dengan pelbagai agensi dan pemain pasaran.

S: Boleh jelaskan objektif dan sasaran kempen ‘Shop Malaysia Online’ di bawah PENJANA?

J: Kita sebagai ekonomi, bila kita bercakap mengenai perniagaan dalam talian, kita lebih suka produk dan perkhidmatan kita dalam semua sektor boleh didapati di platform dalam talian supaya orang luar dapat membelinya.

Perniagaan dalam talian adalah sama dengan perniagaan lain, bila ada platform dalam talian, rakyat Malaysia boleh beli produk asing di pasaran asing tetapi ia tidak memanfaatkan ekonomi Malaysia kerana anda membeli produk luar dan berlaku pengaliran keluar wang.

Apabila kita sebut ‘Shop Malaysia’, kita lebih suka beli produk sendiri menerusi platform dalam talian dan pada masa yang sama mempromosi produk kepada pembeli luar dan membawa pengaliran masuk wang asing ke Malaysia.

S: Bagaimana transaksi dalam talian dikawal selia?

J: Ada akta dan ordinan untuk kawal selia transaksi dalam talian. Perniagaan dalam talian adalah dinamik.

Kita sudah ada beberapa peraturan dan akta, tetapi oleh kerana ia adalah dinamik kita perlu sentiasa memantau perkara ini dan jika sesuai akan perkenalkan peraturan supaya perniagaan yang dijalankan dalam talian adalah adil kepada pengguna, pelanggan dan juga mereka yang menjual.

Kita tidak mahu orang membeli sesuatu dan produk yang diterima kualitinya tidak seperti yang diharapkan dan lebih teruk produk tidak sampai.

S: Bagi pengguna di luar bandar dengan akses kepada Internet yang terhad, bagaimana kementerian mahu mempromsosikan program ‘Shop Malaysia Online’ kepada mereka?

J: Buat masa sekarang, apa yang diperkenalkan oleh kementerian kepada pengguna terhad kepada kemampuan liputan Internet. Bagi kawasan luar bandar yang tidak mempunyai liputan Internet, mereka tidak dapat menggunakan perniagaan dalam talian.

Jadi, sebab itu kami di KPDNHEP bersama kementerian kerajaan yang lain sudah berbincang bagaimana kita dapat meningkatkan liputan Internet di luar bandar.

Saya bersama Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad juga telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan membangkitkan isu serupa dan Ketua Menteri memaklumkan kerajaan negeri menye-diakan peruntukan besar untuk membangunkan infrastruktur untuk liputan Internet yang lebih baik di luar bandar.

Advertisement