Anda di sini

Hujan lebat melanda barat Jepun, 75,000 diarah pindah

Advertisement
 Kenderaan melalui jalan yang ditenggelami banjir akibat hujan lebat di Yatsushiro, wilayah Kumamoto, Jepun semalam. — Gambar AFP
BANJIR TERUK: Kenderaan melalui jalan yang ditenggelami banjir akibat hujan lebat di Yatsushiro, wilayah Kumamoto, Jepun semalam. — Gambar AFP

TOKYO: Kira-kira 75,000 penduduk telah diarahkan untuk berpindah di barat Jepun semalam ketika hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh, meng-akibatkan beberapa orang terkandas dan 13 lagi hilang, menurut media tempatan dan pihak berkuasa.

Agensi cuaca di negara ini mengeluarkan amaran hujan lebat untuk peringkat kecemasan paling tinggi kepada Kumamoto dan Kagoshima di pulau Kyushu.

Rakaman televisyen me-nunjukkan beberapa ken-deraan dimasuki air di tempat letak kereta berhampiran sebatang sungai yang airnya melimpah, sementara beberapa jambatan dilaporkan telah dihanyutkan.

Anggota penyelamat sedang mencari tiga orang di Kumamoto selepas satu kejadian tanah runtuh menimbus rumah mereka, kata pihak penyiaran awam NHK.

“Kami telah mengeluarkan arahan pemindahan selepas hujan lebat yang mengatasi rekod,” kata Toshiaki Mizukami, seorang pegawai di wilayah Kumamoto.

Kyodo News berkata 75,000 penduduk di Kumamoto dan Kagoshima telah diarahkan untuk berpindah dari rumah mereka, dengan hampir 100 orang terkandas.

Pihak berkuasa tempatan sudah meminta pasukan ten-tera menyertai operasi menyelamat, kata NHK. — AFP

Advertisement