Anda di sini

Atletico Madrid kutip tiga mata penuh hasil kemenangan 3-0

Advertisement
 Antara babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Atletico Madrid dan Mallorca di Stadium Wanda Metropolitan di Madrid. — Gambar AFP
AKSI RANCAK: Antara babak-babak aksi perlawanan La Liga di antara Atletico Madrid dan Mallorca di Stadium Wanda Metropolitan di Madrid. — Gambar AFP

MADRID: Alvaro Morata menjaringkan dua gol untuk membantu Atletico Madrid mencapai kemenangan 3-0 ke atas Mallorca yang dihantui relegasi kelmarin dan melebarkan siri tanpa kalah mereka dalam La Liga kepada 12 perlawanan.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan mereka di tempat ketiga dengan 62 mata untuk kekal di landasan bagi kepulangan semula ke Liga Juara-Juara pada musim akan datang.

Morata membuka jaringan menerusi tendangan penalti pada minit ke-25.

Dia telah dikasari Aleksandar Sedlar tetapi kemudian menyaksikan tendangan penaltinya diselamatkan oleh Manolo Reina.

Bagaimanapun seorang pemain Mallorca telah mencerobohi kawasan penalti dan Morata tidak membuat sebarang kesilapan dengan cubaan keduanya.

Penyerang itu menambah gol kedua sejurus sebelum waktu rehat.

Diberi bola yang ideal oleh Marcos Llorente, dia menolak bola ke dalam jaring kosong.

Koke, dengan rembatan yang terkena pemain lain, menjaringkan gol ketiga untuk Atletico pada minit ke-76. — AFP

Advertisement