Anda di sini

Tanah runtuh jejas bahagian dapur rumah Rh Amas, Julau

Advertisement
 Keadaan tanah runtuh di bahagian dapur bilik nombor 10 di Rumah Amas, Jikang, Julau, kelmarin.
TERJEJAS: Keadaan tanah runtuh di bahagian dapur bilik nombor 10 di Rumah Amas, Jikang, Julau, kelmarin.

JULAU: Sebuah keluarga dari Rumah Amas, Jikang, Julau, terkesan akibat kejadian tanah runtuh di bahagian dapur bilik mereka, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada jam 4 petang.

“Sejurus menerima panggilan berkaitan kejadian tersebut, tiga anggota dikerahkan ke rumah panjang tersebut yang terletak 47 kilometer dari balai.

“Ketika anggota bomba tiba di rumah panjang tersebut, mereka terus melakukan pemantauan dan mendapati risiko runtuhan untuk berlaku lagi di lokasi tersebut amat besar.

“Justeru, bomba telah menasihati penghuni rumah tersebut agar bersiap sedia sepanjang masa terutama ketika hujan lebat turun,” katanya dalam kenyataan kepada media, kelmarin.

Rumah Amas mempunyai 32 pintu dan hanya dapur bilik nombor 10 yang terjejas akibat tanah runtuh tersebut.

Bilik yang terjejas tersebut dihuni Atit Unggat bersama lima ahli keluarganya yang lain.

Advertisement