Anda di sini

Peraduan MR. D.I.Y. x P&G ‘Beli & Menang’ tawar hadiah hebat

Advertisement
 Beli produk jenama P&G bernilai RM20 dalam satu resit di cawangan MR. D.I.Y. terpilih atau dalam talian di www.mrdiy.com.my.
JOM SERTAI: Beli produk jenama P&G bernilai RM20 dalam satu resit di cawangan MR. D.I.Y. terpilih atau dalam talian di www.mrdiy.com.my.

KUCHING: Berbelanja dengan membeli barangan keperluan penting rumah anda di MR. D.I.Y. sepanjang bulan Julai serta berpeluang menyertai peraduan MR. D.I.Y. x P&G ‘Beli & Menang’ dan memenangi lebih 300 hadiah bernilai lebih RM140,000.

Timbalan Presiden Pemasaran MR. D.I.Y Andy Chin berkata, antara hadiah yang ditawarkan termasuk perkakasan rumah MR. D.I.Y. dan jenama barangan pengguna Procter & Gamble (M) Sdn Bhd (P&G).

“Dalam peraduan kali ini, adalah hadiah utama berupa sebuah Perodua Aruz 1.5X, hadiah tempat kedua, dua unit telefon pintar iPhone 11 Pro Max (64GB), hadiah tempat ketiga berupa tiga unit TV UHD Pintar 4K Samsung 50”, dan hadiah sagu hati, 300 unit baucar tunai MR. D.I.Y. bernilai RM200.

“Pelanggan hanya perlu berbelanja minimum RM20 produk-produk P&G dalam satu resit di cawangan MR. D.I.Y. terpilih atau dalam talian, serta imbas kod QR daripada poster peraduan dan jawab satu soalan mudah untuk menghantar penyertaan,” kata Andy.

Peraduan terbuka kepada semua pelanggan MR. D.I.Y. di seluruh negara.

Produk-produk jenama P&G yang terlibat adalah seperti Oral-B, Head & Shoulders, Rejoice, Downy, Gillette, Pantene, Whisper, Vicks, Joy, Ambi Pur, Fab, dan Dynamo.

“Ini merupakan kali ketiga MR. D.I.Y. menjalin kerjasama dengan P&G dan dalam situasi yang agak sukar ketika ini akibat pandemik COVID-19, kami terus komited untuk memberi lebih nilai dan kemudahan kepada para pelanggan kami.

“Kami sentiasa berpegang teguh pada moto syarikat ‘Always Low Prices’ dalam menyediakan pelbagai rangkaian produk berkualiti, bernilai untuk wang.

“Dan melalui kempen seperti peraduan ‘Beli & Menang’ seperti ini memberikan para pelanggan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik apabila mereka membeli-belah barangan keperluan harian rumah mereka di MR. D.I.Y. dari serendah RM20 sahaja,” tambah Andy.

Peraduan tersebut telah bermula 1 Julai lalu hingga 31 Julai ini. Ayuh ke cawangan MR. D.I.Y. berdekatan anda hari ini juga untuk sertai peraduan ‘Beli & Menang’!

Penyertaan lebih dari sekali turut dibenarkan, terma dan syarat penuh, layari https://www.mrdiy.com/promotion/59/MR.DIY-x-P&G-2020-Buy-&-Win-Contest/.

Juga, sila lawati laman sesawang MR. D.I.Y., platform dalam talian www.mrdiy.com, dan media sosial Facebook dan Instagram @mrdiy2u untuk maklumat terkini.

Advertisement