Anda di sini

'Misan Bepungo Bawang Matu' dipercayai berusia 200 tahun ditemui di Kampung Bawang, Matu

Advertisement
kayu nisan dipercayai berusia 200 tahun
kayu nisan dipercayai berusia 200 tahun

MUKAH: Satu kayu nisan dipercayai berusia 200 tahun, ditemui di Kampung Bawang, Matu baru-baru ini.

Menurut Penghulu Kampung (Kpg) Bawang, Khalil @ Othman Mahnan, 63 tahun, kayu nisan berkenaan ditemui ketika kerja pembersihan Sungai Kpg Bawang baru-baru ini.

"Nisan berkenaan ditemui ketika kerja pembersihan di kawasan sungai mula dijalankan di kampung kami dengan menggunakan jentera," katanya kepada Utusan Borneo.

Khalil (dua kiri) bersama yang lain ketika merakamkan kenangan bersama 'Misan Bepungo Bawang Matu'
Khalil (dua kiri) bersama yang lain ketika merakamkan kenangan bersama 'Misan Bepungo Bawang Matu'

Tarikh sebenar ia dijumpai adalah pada 20 Jun 2020 lalu dan sehari setelah itu ia telah dibawa ke tanah perkuburan sekarang.

Ia dijumpai di dalam sungai dan berada sekitar 500 meter daripada kawasan perkuburan.

Beliau dan bersama dua lagi ketua kampung telah mengambil keputusan untuk meletakkannya di kawasan perkuburan sedia ada.

Menurutnya, nisan berkenaan selain mempunyai ukiran yang jelas di keempat-empat permukaan, ia turut mengandungi tulisan jawi.

"Tetapi tulisan di nisan berkenaan tidak terlalu jelas," ujarnya lagi

Nisan berkenaan berukuran lima kaki enam inci selain mempunyai kepala berbentuk separa bulat berdiameter 10 inci.

Setelah dipersetujui bersama dua ketua kampung, mereka telah bersetuju memberikan nama nisan itu sebagai 'Misan Bepungo Bawang Matu'.

Turut  hadiir sama ke tapak nisan berkenaan diletakkan adalah Ketua Kampung (KK)  Kampung Bawang Hulu,Mohamad Rasid @ Hamdan Semain, 66 dan KK Kampung Bawang Hilir Manan Maon, 61 dan guru seni, pelukis dan pengkaji Budaya Melanau Leonard Darimi, 46.