Anda di sini

Lelaki terselamat, kenderaan terbakar dalam kemalangan di Bintulu

Advertisement
Kenderaan mangsa yang terbakar sejurus terbabit dalam kemalamgan kendiri di Batu 27, Lebuh Raya Pan-Borneo, pagi tadi.
Kenderaan mangsa yang terbakar sejurus terbabit dalam kemalangan di Batu 27, Lebuh Raya Pan-Borneo, pagi tadi.

BINTULU: Sorang lelaki terselamat apabila kenderaan jenis pikap yang dipandunya terbakar selepas terbabas dalam kemalangan di Batu 27, Lebuh Raya Pan-Borneo, awal pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Christus Buson mengesahkan, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 4 pagi. 

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan pikap terbabit," jelasnya.

Katanya, mangsa, 34 tahun, yang mengalami kecederaan ringan bagaimanapun terus dikejarkan ke Hospital Bintulu oleh ahli keluarganya bagi mendapatkan rawatan lanjut. 

Menurutnya, pasukan bomba menggunakan satu  aliran air  bagi memadam kebakaran yang berlaku dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.09 pagi. 

"Kebakaran yang berlaku ini telah memusnahkan 100 peratus komponen kenderaan berkenaan dan mujur mangsa dapat keluar dari kenderaan menyelamatkan diri," tambahnya. 

  • oleh
  • Advertisement