Anda di sini

Jabatan Pendidikan Daerah Lawas puas hati pematuhan SOP tadika

Advertisement
 Sawal mendapatkan maklum balas seorang kanak-kanak pada sesi persekolahan kelas tadika di SK Agama Lawas, kelmarin.
NORMA BAHARU: Sawal mendapatkan maklum balas seorang kanak-kanak pada sesi persekolahan kelas tadika di SK Agama Lawas, kelmarin.

LAWAS: Jabatan Pendidikan Daerah Lawas berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan kanak-kanak semasa melakukan pemantauan di beberapa prasekolah dan tabika di daerah ini kelmarin.

Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah Lawas Kadir Salleh berkata, pemantauan dan pemeriksaan dijalankan kelmarin bagi memastikan semua SOP dipatuhi pihak prasekolah dan tabika.

“Keseluruhannya saya berpuas hati dengan keadaan di sekolah dan meneruskan pemantauan ke sekolah lain yang turut memulakan sesi persekolahan kelas tadika bermula kelmarin,” katanya ketika mengadakan lawatan ke SK SK Agama (MIS) Lawas kelmarin.

Turut sama ialah Pegawai Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners) (SIP) Plus Daerah Lawas Sawal Pandin dan Guru besar SK Agama (MIS) Lawas Sabtu Damit.

Advertisement