Anda di sini

Emmanuel kini mampu bergerak dengan keprihatinan

Advertisement
 Emmanuel (kanan) dilihat mampu bangun seperti biasa, turut kelihatan Ronnie (dua kiri) dan Ardi (kiri) bersama ibu Emmanuel.
KENANGAN: Emmanuel (kanan) dilihat mampu bangun seperti biasa, turut kelihatan Ronnie (dua kiri) dan Ardi (kiri) bersama ibu Emmanuel.

KOTA KINABALU: Pesakit kronik Emmanuel Thawe kini mampu bergerak selepas mendapat bantuan rawatan asas berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Kota Kinabalu Ronnie Loh Ee Eng berkata, Emmanuel tidak mampu bangun dari katil sejak tiga tahun yang lalu akibat diserang penyakit strok.

"Dia baru berusia 27 tahun dan tinggal di Telipok Ria kini dengan emaknya. Kejadian berlaku pada tiga tahun lepas apabila ayahnya meninggal dunia dan tiga bulan kemudian dia diserang penderahan otak secara tiba-tiba, menyebabkan dia mendapat penyakit strok seterusnya lumpuh.

"Pada bulan Mac lepas saya dihubungi saudara Datuk Albert Ngan Yun Kiang dan bersama David Ong Choon Chung telah melawat Emmanuel di rumahnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, berikutan dengan perkara itu, seorang Orthotist, Ardi Gunadi telah dipanggil untuk datang melihat keadaan Emmanuel.

Ronnie difahamkan Emmanuel memerlukan rawatan berterusan seperti urutan di bahagian kaki bagi membolehkan dia sembuh dalam masa panjang.

"Sejak Mac lalu, saya sudah menjemput dua orang tukang urut bertauliah bagi melakukan terapi fizikal untuk Emmanuel.

"Atas usaha itu, keadaan Emmanuel dilihat beransur pulih. Kini dia boleh bangun sendiri dari tempat tidurnya, dia boleh berdiri tetapi masih belum boleh berjalan disebabkan kakinya masih dalam keadaan bengkok.

"Dia memerlukan alat bantuan Solid Ankle Foot Orthosis (AFO) di pergelangan kaki untuk menyokongnya bergerak," katanya.

Ronnie berkata, selepas mendengar pandangan dua ahli terapi berkenaan, usaha telah dilakukan untuk mendapatkan alat bantuan AFO daripada KK Prosthetic & Orthopaedic Equipment Sdn Bhd.

Katanya, kesemua kos perbelanjaan itu ditanggung menggunakan peruntukan ADUN yang disediakan.

"Hari ini kita berasa senang hati bahawa Emmanuel kini mampu bergerak, bagaimanapun rawatan masih diperlukan sehinggalah dia mampu bergerak seperti biasa," katanya.
 


 

  • oleh
  • Advertisement