Anda di sini

Wanita disyaki terlibat penyalahgunaan dadah diberkas

Advertisement
Dadah yang dirampas daripada suspek.
Dadah yang dirampas daripada suspek.

KUCHING: Seorang wanita diberkas kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi berdekatan Bangunan Wisma Unaco di sini, pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata suspek,22, terbabit mulanya ditahan untuk pemeriksaan selepas dilihat mencurigakan iaitu sekitar jam 11.45 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas suspek menemui dadah jenis syabu dianggarkan seberat 6.68 gram.

"Semasa ditahan, suspek menyerahkan satu beg kepada pasukan operasi dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat ketulan syabu seberat kira-kira 6.68 gram, bernilai sekitar RM1,002.

"Suspek kemudian terus diberkas dan dadah tersebut dirampas untuk siasatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

"Siasatan awal mendapati suspek memperolehi dadah tersebut dengan membayar secara 'bank in' dan dadah tersebut ditempatkan di sesuatu tempat oleh pengedar untuk diambil oleh suspek.

"Saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Jelas Merbin, sekiranya didapati bersalah maka suspek akan dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan tidak lebih sembilan kali.

"Didapati juga suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgunaan dadah," katanya