Anda di sini

Penunggang motosikal maut terlanggar SUV

Advertisement
 Lokasi kejadian kemalangan maut membabitkan motosikal dan SUV.
LOKASI: Lokasi kejadian kemalangan maut membabitkan motosikal dan SUV.

 

KOTA KINABALU: Penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di Pusingan U Taman Canggih Jalan Tuaran Bypass, di sini kelmarin.

Mangsa, Daulis @Yukik Gunting, 66, berasal dari Kampung Tombongon Kiulu Tuaran.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian berlaku jam 7.20 malam apabila pemandu SUV berumur 52 tahun dalam perjalanan dari rumahnya menuju ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Semasa ingin membuat pusingan U, motosikal dinaiki mangsa melanggar bahagian tepi belakang sebelah kiri kenderaan SUV terbabit.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh doktor bertugas kira-kira jam 7.38 malam,” katanya.

Menurutnya, kemalangan berpunca daripada pemandu kenderaan berikutan memandu dalam keadaan membahayakan, bagaimanapun kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

  • oleh
  • Advertisement