Anda di sini

Pakat minta kawasan tanah Pengulobon dikeluarkan dari hutan simpan

Advertisement
 Rainus (membawa fail) bersama penduduk Kampung memohon tanah adat dikeluarkan dari kawasan hutan simpan.
RAYU KERAJAAN: Rainus (membawa fail) bersama penduduk Kampung memohon tanah adat dikeluarkan dari kawasan hutan simpan.

KEMABONG: Persatuan penduduk Kampung Pengulobon,Abingkoi Korolok dan  Ahuron Kemabong Tenom (PAKAT) meminta agar Kawasan Tanah Adat Kampung Pengulobon Sungih dikeluarkan dari kawasan hutan simpan Kuala Tomani.

Presiden Pakat, Rainus Sagulau, berkata tuntutaan terhadap wilayah tanah adat itu masih belum diselesaikan walaupun pihaknya terus menghantar permintaan dan tuntutan  kepada kerajaan untuk pertimbangan sewajarnya.

Katanya, penduduk memohon Kerajaan Negeri supaya membubarkan warta hutan simpan agar tanah adat kampung Pengulobon Sungih dapat dikeluarkan yang sudah pasti memberikan manfaat kepada penduduk.

Menurutnya, sebahagian  kawasan yang dibubarkan oleh kerajaan lepas sepatutnya diletakkan di Kampung Abingkoi  dan Kampung  Pengulobon dan kampung Ahuron mengikut kedudukan pelan yang dikemukakan oleh pihak PAKAT kepada Jabatan Ketua Menteri dan Pejabat Hasil Bumi.

Beliau berharap, perkara itu diberikan perhatian serius kerana jika gagal ditangani, ia mungkin digunakan sebagai salah satu isu pilihan raya dan menjejaskan peluang kerajaan untuk terus kekal memerintah.

Jelasnya, kegagalan menyelesaikan tuntutan tanah adat menunjukkan satu realiti bahawa kerajaan gagal mematuhi manifesto kempen pilihan raya yang lalu.

"Kita tidak mahu kegagalan tadbir urus kerajaan ini akan terus berlaku dan menjejaskan masa depan penduduk yang berhadapan tuduhan bahawa mereka menceroboh sedangkan mereka hidup turun temurun di kawasan itu.

"Kami meminta kerajaan agar mengambil tindakan positif dan proaktif untuk menyelesaikan permasalahan itu dengan mengeluarkan wilayah tanah adat Kampung Pengulobon dari  kawasan hutan simpan," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement