Anda di sini

MPKS, MLGH berganding bahu perangi rabies

Advertisement
Minos (tengah) merakamkan gambar bersama yang lain selepas pelancaran kempen anti rabies di MPKS, Khamis lepas.
Minos (tengah) merakamkan gambar bersama yang lain selepas pelancaran kempen anti rabies di MPKS, Khamis lepas.

KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bekerjasama dengan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) dalam usaha memerangi wabak rabies. 

Pengerusi MPKS, Datuk Peter Minos berkata kes kematian terbaru akibat rabies di Sibu baru-baru ini menunjukkan bahawa penularan masih berlaku di negeri ini. 

Justeru katanya usaha pencegahan perlu dilaksanakan dari masa ke semasa bagi mengekang penularan wabak ini. 

“Meskipun kes kematian terbaru rabies berlaku di kawasan Sibu, namun MPKS dan majlis berkuasa tempatan yang lain turut memainkan peranan dalam usaha ini. 

“Rabies adalah virus maut dan kita tidak mahu ramai lagi rakyat kita yang menjadi mangsa rabies,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas pelancaran rasmi kempen anti rabies bersama dengan MLGH di perkarangan MPKS di Kota Samarahan, Khamis lepas. 

Kempen anti rabies tersebut turut disertai oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP),  Jabatan Veterinar Sarawak, pihak polis dan lain-lain agensi yang berkaitan. 

Minos dalam pada itu turut berharap masyarakat akan memberi kerjasama dalam usaha kerajaan memerangi rabies ini. 

Beliau turut menasihatkan pemilik anjing peliharaan termasuk kucing untuk mendapakan suntikan vaksin ke atas haiwan peliharaan masing-masing. 

Masyarakat turut diingatkan supaya tidak membiarkan anjing atau kucing mereka berkeliaran di luar kawasan rumah masing-masing demi keselamatan awam. 

Penyakit rabies ini katanya dapat dielak jika masyarakat mematuhi nasihat dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. 

  • oleh
  • Advertisement