Anda di sini

MKN usir 395 warga Filipina balik ke negara asal

Advertisement
 PTI dihantar menaiki kapal MV Antonia 1 untuk balik ke Filipina.
PULANG: PTI dihantar menaiki kapal MV Antonia 1 untuk balik ke Filipina.

 

KOTA KINABALU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah sekali lagi berjaya menghantar pulang seramai 395 warga Filipina balik ke negara asal semalam.

Pengarah Keselamatan Negeri MKN Sabah Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pengusiran kali ke-20 ini dilaksanakan dari Pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina menaiki kapal MV Antonia 1.

Tambahnya, dengan pengusiran terbabit menjumlahkan keseluruhan 4,751 Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang berjaya diusir pulang tahun ini.

“Sepertimana pengusiran sebelum ini, semua tahanan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung berikutan proses pengusiran dibantu bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi yang lain.

“Pengusiran PTI dari Filipina juga berjaya dijalankan selepas ianya ditangguhkan sejak Mac lalu dengan penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sempadan oleh Kerajaan Filipina bagi mengekang wabak COVID-19 di negara berkenaan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga berharap agar Kerajaan Filipina dapat mempertimbangkan supaya proses pengusiran dapat dibuat bukan berdasarkan tempoh selang masa 15 hari, sebaliknya dilaksanakan mengikut daerah atau wilayah asal PTI.


 

  • oleh
  • Advertisement