Anda di sini

Maritim Malaysia tahan dua bot nelayan Vietnam

Advertisement
 Salah sebuah bot nelayan asing yang ditahan selepas didapati menangkap hasil laut tanpa kebenaran.
RAMPAS: Salah sebuah bot nelayan asing yang ditahan selepas didapati menangkap hasil laut tanpa kebenaran.

KOTA KINABALU: Cubaan dua bot nelayan Vietnam melarikan diri selepas mengaut hasil laut negara, gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau Mengalum, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Sabah Laksamana Pertama Maritim Mohd Rosli Abdullah berkata kegiatan haram bot nelayan itu dikesan ketika anggotanya menjalankan Ops Naga Timur 1 Julai lalu.

“Semasa anggota kita menghampiri bot nelayan asing terbabit, krew bot memotong tali pukat selain cuba melarikan diri dan malah enggan memberi kerjasama semasa diarahkan berhenti.

“Usaha untuk menghentikan bot nelayan itu terpaksa dijalankan selama 30 minit sebelum anggota kita berjaya menghampiri bot berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap bot pertama mendapati empat kru serta tekong warga Vietnam berumur 18 hingga 42 tahun berada di dalam bot tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan sijil pendaftaran bot tersebut juga sudah tamat.

“Bot kedua yang ditahan juga menggunakan sijil pendaftaran bot yang sudah tamat dan bot yang dikendalikan 16 kru serta seorang tekong berumur lingungan 28 hingga 49 tahun itu tidak mempunyai sebarang lesen ataupun kebenaran daripada Jabatan Perikanan bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Kedua-dua bot nelayan asing tersebut dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63. Jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM6,000,000.00 setiap orang empunya dan nakhoda dan RM600,000.00 tiap-tiap anggota kru,” katanya.

Menurutnya, tangkapan serta rampasan bot dibawa ke Jeti Maritim Sepanggar untuk menjalani ujian saringan COVID-19, pegawai dan anggota maritim yang terlibat dengan operasi tersebut juga turut menjalani ujian saringan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.



 

  • oleh
  • Advertisement