Anda di sini

Mangsa kebakaran lega dengan bantuan diterima daripada pelbagai pihak

Advertisement
 Fatimah (kanan) menyampaikan bantuan bencana kepada Shamsu dan isterinya                 Dayang Napisah Awang Ali (kiri). Turut kelihatan Hasidah (dua kanan).
PRIHATIN: Fatimah (kanan) menyampaikan bantuan bencana kepada Shamsu dan isterinya Dayang Napisah Awang Ali (kiri). Turut kelihatan Hasidah (dua kanan).

KUCHING: Mangsa kebakaran di Kampung Semerah Padi menarik nafas lega dengan bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak ter-utama kerajaan negeri.

Kebakaran yang berlaku pada malam Rabu lepas itu telah memusnahkan kediaman milik Shamsu Kawie yang didiami bersama lapan ahli keluarga yang lain.

“Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri ini atas pelbagai bantuan yang diberikan kepada keluarga kami.

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga kami ter-utama dalam masa sukar ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu Shamsu dan keluarganya menerima bantuan bencana daripada kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM10,150.

Bantuan dalam pelbagai bentuk tersebut disampaikan Meneri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di Bilik Gerakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Semerah Padi di sini.

Fatimah ketika ditemui berkata bantuan yang disampaikan semalam adalah baki kepada bantuan yang telah dihulurkan.

Bantuan segera berbentuk makanan katanya, sudah diberikan pada malam kejadian dengan nilai RM50 seorang.

Bantuan-bantuan lain yang disampaikan termasuk wang saku RM100 seorang, pakaian harian RM200 seorang, pakai-an sekolah RM200 seorang, peralatan sekolah RM100 seorang, kelengkapan tidur RM100 seorang, peralatan dapur RM700 sebuah rumah dan bantuan bahan binaan RM5,000 sebuah rumah.

“Bantuan ini tidak perlu dimohon oleh mangsa sebaliknya jabatan akan terus turun padang apabila berlaku musibah,” katanya.

Dalam pada itu sehingga 1 Julai 2020, sejumlah RM231,377.80 bantuan bencana telah diagihkan kepada mangsa bencana di seluruh Sarawak.

Bantuan bencana ini me-libatkan mangsa kebakaran, tanah runtuh, ribut, banjir dan kemarau.

Hadir sama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubu-ngan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Advertisement