Anda di sini

Lelaki cedera selepas jatuh gaung ketika mendaki

Advertisement
 Lelaki terjatuh ke dalam gaung yang mengalami kecederaan diusung keluar dari tempat kejadian oleh pasukan bomba.
DISELAMATKAN: Lelaki terjatuh ke dalam gaung yang mengalami kecederaan diusung keluar dari tempat kejadian oleh pasukan bomba.

 

SANDAKAN: Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki bukit di Jalan Ulu Sibuga, POIC Taman Mawar, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Penguasa Bomba Martin Thomas berkata pihaknya telah menerima panggilan melalui talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) jam 7.11 malam berhubung kejadian itu.

“Pihaknya dimaklumkan mangsa berumur 23 tahun telah terjatuh ke dalam gaung sedalam 75 meter di Jalan Ulu Sibuga POIC Taman Mawar semasa melakukan aktiviti mendaki bukit bersama dua orang ahli keluarganya,” katanya.

Beliau berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan telah digerakkan ke lokasi kejadian melalui jarak sejauh 15KM daripada Balai Bomba Sandakan.

“Operasi penyelamatan diketuai oleh Ketua Balai Bomba Sandakan Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung bersama sebelas anggota penyelamat dengan kekuatan logistik sebuah jentera kecemaran Fire Rescue Tender (FRT), sebuah jentera kecemasan Emergency Medical Rescue Services (ERMS) dan sebuah kenderaan 4wd pelbagai guna,” katanya.

Martin berkata, Ketua Operasi memaklumkan selepas menerima maklumat dari saksi di tempat kejadian, pasukan penyelamat seterusnya membuat 'sizeup' dan penyelamatan dengan menggunakan sistem 'lowering and hauling' bagi menyelamat mangsa yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 75 meter.

“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dibawa naik ke lokasi selamat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan dan diserahkan ke pegawai perubatan untuk tindakan susulan dan dibawa ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk rawatan selanjutnya.



 

  • oleh
  • Advertisement